+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 1 November 2011

Pesanan Untuk Orang Bodoh..!!!

9:33:00 PTG

Share it Please

Ini hanyalah entry sambungan dari entry.. Golongan Bodoh Lebih ramai darippada Golongan Pandai untuk menjawab persoalan yg mungkin berada di benak kepala otak korang semua... Sabar  bro...

Setelah aku membuat rujukan di blog Kereta Manyat .. dan beberapa sumber dari google... aku simpulkan disini...

Orang yg bijak tak mudah marah bila dengar ayat berbunyi “bodoh”, aku tak kata kat korang sorang, dan biasanya orang pandai bila dengar 4 rangkap terakhir yang aku quote kat atas akan tersenyum faham. Kalau nak komplen, mungkin mereka yang pandai itu akan tambah lagi kepada perkara paling pandai atau perkara yang buat kita jadi paling-paling-paling bodoh, maka tolong jangan jadi bodoh, tolong.., Tapi sebab kau tak faham dengan ayat yang ringkas dalam entry sebelum ni, maka aku terpaksa tulis makna ayat di atas... Cis!!! --<tak paham? sila ulang sampai paham>

Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat, mengutuk, mengeji, menjatuhkan sesama blogger dan yang sewaktu dengannya.., tak payah la, nak melenting, itu maksud aku. Jelas aku nyatakan... yg orang macam tu, adalah orang yg bodoh.. macam la tak ada kerja lain selain mengumpat tu? last-last cili pedas yg sampai kat mulut tu, baru tau... =.=

Manakala maksud, “Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri”... , adalah orang yang memuji diri sendiri, buat cerita bangga ada boyprend @ girlprend, tayang gambaq tak tutup aurat kat blog,  dan yg sama waktu dengannya.. 

Itu maksud aku, tapi jika kau tulis tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka kau jadi bijak, atau kau just cerita kisah kau dan peristiwa, maka kau jadi orang yang biasa sahaja.., dan andai kata kau cakap tentang orang lain, yang penuh dengan ilmu, kau akan jadi bijak jugak, tapi jika kau cerita hanya peristiwa orang lain, kau jadi biasa balik..
Maka janganlah perasan bodoh, kasihan, korang tu muda lagi..

Akhir kata, mereka yang tulis diari on line dan paksa orang baca, itu bodoh.., dalam diari online tu, ada gambar yg tidak menutup aurat.. menulis tentang kisah " i dan boyprend i" ..  
Tapi mereka yang tulis tanpa mintak orang lain baca, menulis untuk diri sendiri, itu kira biasa sahaja.

Jangan jadi slow la.. malu la sikit... tanya hati korang? hidup lagi ke dah mati?

p/s: baca dulu isi entry, jangan tengok tajuk terus komen? tak rugi rasanya, ambik masa satu minit baca entry blog orang lain.. Maaf jikalau ada yg tersinggung dengan entry aku sebelum-sebelum ini.. ini hanyalah sekadar teguran dari sahabat..

38 comments:

  1. relax fattah relax. dah explain kat dorang, so, patut dorang dah faham la kan? Hehehe.

    BalasPadam
  2. bodoh ke sy letak entri makanan sOkmO? huhuhu..tambah down2 neh..

    BalasPadam
  3. @abg Nasz : hehe.. saya tak kisah pun, skadar menjelaskan apa yg tak difahami..

    @ctk : tak bodoh la.. biasa je..

    BalasPadam
  4. tu dia penjelasan brader kita ni,tak faham basuh2 pakai clorox...ehehe

    BalasPadam
  5. lau tak kenal tuhan..mmg bodoh

    BalasPadam
  6. teruskan menegur orang2 sebegitu..

    BalasPadam
  7. semua orang berjaya adalah bodoh :)

    sebabnya mereka lakukan sesuatu yang berbeza dari orang biasa lakukan. itulah di namakan kebodohan intelektual. heh!

    BalasPadam
  8. sekarang dh jelas ap maksud entri yg lepas tu..huu...relax2...

    BalasPadam
  9. salam zul, saya tag awak dalam

    http://mohdnaser.blogspot.com/2011/11/segmen-bloglist-keri-sebarkan-walau-1.html

    BalasPadam
  10. Zul, kawe tabik demo... bagus entri ni... ingat mengingat sesama kita... xdop la org yg dtng blog kita dtg dan pergi tnpa dpt apa2 manfaat...

    -baca habis bru komen, jgn sekadar bc tajuk, nanti bikin malu je-

    BalasPadam
  11. memang betol la.. kalau kita cermin diri sendiri, memang nampak bahagian depan kita je. takdenye nak nampak bahagian belakang. sape yang nak tegur bahagian belakang kita? orang macam ko la yg sudi tegur, dapat pahala, ikhlas walaupun tak bagitahu ikhlas.. bagusss.... terbaek hahahahahaha

    BalasPadam
  12. Yeahhh... Don't judge a book by its kulit..

    BalasPadam
  13. guwaa maafkan~ <---tentiba kan? hak3


    Blog bulatmata.blogspot.com tu banyak pasal diari hidup la... kalau orang nak bace tak kesah gak sbb banyak cerita sal kehidupan..

    rinsyaryc.blogspot pulak ke arah minat aku la.. suke menulis cerpen n novel.. hek3

    tapi kalau org tanak bace pong takpe.. redha je..


    tapi insyaAllah aku tak letak gambar aku terutamanya yg x menutup aurat <---haram..


    gudluck.. entri ni bagus untuk peringatan..

    ^^

    (banyak gile blog akukan? miahaha)

    BalasPadam
  14. Laa...ada jugak yang tak paham ke? kesian..

    BalasPadam
  15. membalas ziarah.cool bro.org bodoh sombong gtu mmg tkleh ajar.nsb bek bodoh,bkn babil.babil tu mmg lgsg tkleh wat pape dh.teguran yg bagus utuk sme termasuk yg pandai n bajet pndai.hohoh

    BalasPadam
  16. err,aki tak pasti blog aki tu blog bodoh atau tak.. yang pasti,aki memang bodoh2.. ha ha ha.. ^_^.v.. or should I say,I'm crazy?? LoL..

    BalasPadam
  17. Orang pandai dia tak mengaku pandai sebab ada lagi yang lebih pandai.

    BalasPadam
  18. alo....lepas tu blog mish tu blog bodoh la eh......T_T

    BalasPadam
  19. aku bace entri ko yang ni dulu..lepas tu baru aku bace entri ko yang sebelum ni..hehheehhehe..

    BalasPadam
  20. uiks.. mcm marah bebenor ni dik oiii sababr.. mungkin diorg tu teremosi lebih kot.. hehehe

    BalasPadam
  21. assalamualaikum

    trime kasih berkunjung, komen dan folo blog saya..

    saya balas kunjungan ini dengan salam perkenalan..

    semoga berkunjung semula ke blog sy ya :-)

    BalasPadam
  22. saya baca entri ni sampai habis! hehe. rasanya tak tergolong dalam golongan bodoh. biasa2 aje. =)

    BalasPadam
  23. hehehee
    masih berasa diri ni bodoh
    sebb x ckup la ilmu nk disampaikan

    emm3...

    BalasPadam
  24. aku sokong entri ko nih..tapi aku nye page bodoh ke?agagagaga :-s

    BalasPadam
  25. Salam;
    Biasalah tersalah tafsiran sbb tak faham isi sebenar atau akibat komen tampa usul periksa...

    P/s..yang paling mengstresskan kita ialah manusia "bodoh sombong".

    BalasPadam
  26. lebih istimewa bodoh daripada terlalu bijak ...terlalu bijak maka timbul kebodohan yang terlampau pula.

    BalasPadam
  27. Nasib baik aku Tea... Kamu orang-orang mmg begitu ker...

    BalasPadam
  28. saya baca..saya cuba 'hadamkannya'..

    BalasPadam
  29. sabar :) hehe. mungkin dorang tak berapa faham, tu yang main sergah je kot.

    BalasPadam
  30. sabor Fattah....sabor...ni atok masih lagi dapat menghidu api2 kemarahan...huhu

    BalasPadam
  31. huii.. marah gile ko bhai..

    hahaha.. rilekslah.. hari ini rata2 sume rasa ko tengah marah gile ni..

    aku pun dapat rasa tempiasnya..

    hurmm...

    BalasPadam
  32. yg sebenarnya aku tak marah pun.. apala.. tak pernah aku rasa nk marah kat korang.. ini just nak bagi pendedahan secara detail.. agar korang tak salah tafsir maksud aku.. hehe..
    maaf la, kalau ada yg terasa

    BalasPadam
  33. Harap² kita tak jadi orang bodoh mahupun orang yang paling bodoh..



    Buat apa penat² nak cakap pasal keburukan orang lain kalau memuji kebaikan orang lain jauh lebih mendatangkan nikmat... kan. ;)

    BalasPadam
  34. "Manusia tidak mungkin bebas selagi jiwa dan pemikirannya terkongkong"

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy polishing chrome part2 motorsikal

    BalasPadam

Terima Kasih :D