+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 21 Julai 2011

Korang Semua Sama jew..

9:40:00 PTG

Share it Please
Just 4 fun k.. nk relexkan kepala otak korang malam2 ni.. selepas petang tadi kena tibai.. berat kan rasa..
haha...kalau belum baca pasal aku tibai popuan tadi.. terjah sini.. dan sini... dan sini..
Kisah ni aku copy dari syok.com.. haha.. ni cite lawak dalam english.. tapi aku translate dalam bahasa melayu..supaya korang mudah faham..

Ceritanya bermula...
Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

5 comments:

  1. haha... lawak2.. berg berg sume same..

    BalasPadam
  2. hahaha..lawak..tak pasal pasal yg nama seangkatan pon kene tumbuk same..wee

    BalasPadam
  3. hahhah..lawak..tapi ada pengajarannya... tak semestinya kerna kesalahan seseorg.. semua yang ada kaitan bersalah.. huhu.. kan??

    BalasPadam
  4. like2....suke2...lawaks...
    idea yg original kn??

    BalasPadam
  5. main futsal pun bagus juga fattah...x perlu tunggu jongging untuk kekal sihat. ape2 saje aktiviti yang mengeluarkan peluh dapat beri jaminan kesihatan..

    BalasPadam

Terima Kasih :D