ANTARA PENYAKIT GOUT DAN RAWATAN ALTERNATIF SAKIT GOUT

Januari 25, 2016
Barangkali sesiapa saja yang menderita penyakit ini tidak akan terlintas dipikirannya bahawa mereka sudahpun menderita penyakit ini.

Apakah Gout?

Illustrasi sakit gout_Sumber Foto

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Penyakit Gout?

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Faktor Risiko Sakit Gout?

Jantina : Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
Gaya hidup : Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
Obesiti : Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat : Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
Genetik : Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
Umur : Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. 

"Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati, sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan yang kerap pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya."

Rawatan Alternatif Sakit GOUT?

InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Disini aku nak share sesuatu yang bermanfaat untuk pesakit gout. Triple M iaitu produk untuk rawatan alternatif terbaik.

Triple M

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Triple M ini, korang boleh rujuk di sini.

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.