+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Isnin, 27 Februari 2012

Keihklasan Itu, Ada Dalam Kejujuran

7:34:00 PTG

Share it Please
Pada hari Rabu lepas, aku ada tulis entry pasal Mencari Kejujuran Dalam Diri. . Di dalam Entry tersebut, aku ada selitkan pertanyaan tentang, "Apa itu Ikhlas dan bezanya dgan Jujur?".. Perbagai jawapan dan pandangan yg aku terima oleh  sahabat2 semua.


Namun aku, memilih beberapa jawapan sahaja.. atas maksud yg aku cari..
Antaranya:
  1. Eyqa :  "kejujuran?jadi diri sendiri dlm ape pon yg kte buat...amanah dlm setiap tanggungjawab yg diberi.
    ikhlas?bila kite buat something tu,kte takkan rasa menyesal malah kte akan tersenyum puas..."
  2. Rozeeta :  "kejujuran adalah amanah. berterus terang itu jujur. pulangkan dompet yang orang jatuhkan itu jujur. walaupun ada pilihan untuk tak buat macam tu sebab takda orang nampak.
    ikhlas tu membuat sesuatu dengan rela hati tanpa ada rasa terpaksa. ikhlas tu jujur dengan diri sendiri."
  3. Amir :  "Kalau jujur tu maksudnya kerelaan sendiri... Ikhlas tu kerelaan hati.. Jujur semua orang boleh buat tapi kalau ikhlas tu tak semua orang boleh buat.. Keikhlasan cuma Allah saja yang tahu.."
  4. Robot kuning :   "bila lapar lu g mamak makan nasek.itu secara ikhlas.takde sapa nak paksa lu tapi lu buat sendiri.bila lauk tak sedap lu cakap tak sedap..itu jujur..tak perlu nak jaga hati mamak kedai makan."
  5. Istana Biru :  "jujur... sesuatu yang datang dari hati yang ikhlas... apa bezanya??? hurm...ikhlas melakukan tanpa meminta balasan... melakukan dengan hati yang rela tanpa sebarang paksaan... dan jujur itu datang dari keikhlasan yang diberi... tapi ada perkataan yang bermaksud jujur merupakan perkara yang betul, yang benar dan tiada penipuan... hurm.. hidup dalam kejujuran = hidup dalam kebenaran..." 
Ini adalah sedikit pandangan dan jawapan dari blogger lain tentang Jujur  dan Ihklas... sama2lah kita menilainya.. 

Cuba korang baca ni : 
"ikhlas::: sesungguhnya... keikhlasan itu memang sukar dimengertikan... memang sukar di katakan... apalagi untuk dihujah... dan adakala apabila kita membuat sesuatu, kita akan terdorong mengatakan ikhlas untuk memuaskan hati orang yang menerima pemberian... itu fenomena di tanah melayu ini sejak dulu... mengungkapkan ikhlas agar pihak lagi satu itu menerima pertolongan... dan sebenarnya keikhlasan itu tak patut diungkap... biarlah ia terus menerus menjadi sesuatu yang hanya kita mengetahui... itulah ikhlas... dan dalam menulis diblog nih... saya menyatakan ikhlas kerana saya menulis tanpa sebarang paksaan.. tanpa sebarang rasa ingin memaksa orang.. dan saya menulis kerana saya bahagia... saya nak tulis... dan saya sendiri tak pasti kenapa... itulah tujuan saya berblogging.. berkongsi cerita dan pengalaman sekadar suka rela tanpa mengharap apa2 yang bisa buat saya kecewa... dan mungkin word yang betul saya rela hati... :)"


sumber ; Istana Biru

Bagi maksud Jujur, sebenarnya keihklasan itu terselit di dalam kejujuran.. itulah yg aku paham setakat ini..

15 comments:

  1. ikhlas dan jujur seiringan...hewhew

    BalasPadam
  2. hmmm..ikhlas memang sukar utk diertikan...

    BalasPadam
  3. jujur & ikhlas lah dalam segala perbuatan kita sehari-hari ye.hehehe

    BalasPadam
  4. bila tak jujur, xsemestinya tak ikhlas..

    aku terpaksa menipu cakap dalam dompet ada duit, bila ikhlas bagi duit kat orang yang perlu bantuan.. :) lebih kurg macam tue r..

    BalasPadam
  5. sedap2 maksud yg dorang bg tu ;)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum zul...nice..:)

    BalasPadam
  7. pada awalnya memang ikhlas, tapi lama kelamaan terhakis sebab banyak karenah sangat. Contohnya dalam pendidikan cikgu di sekolah. Kalau asyik ditekan boleh hilangkan ikhlas tu

    BalasPadam
  8. sy tingt lagu hijjaz je,

    ikhlas itu jiwa yg murni,
    rahsia Allah di dlm hati,
    terlalu sembunyi tp dpt dikesan,
    jika disuluh dgn saksama,
    nista dan puji tiada berbeza...

    jujur pulak melakukan atau menyatakan sesuatu yg benar iaitu tidak menipu..

    kesimpulanny btol la kot sebenarnya keihklasan itu terselit di dalam kejujuran..

    BalasPadam
  9. sy tingt lagu hijjaz je,

    ikhlas itu jiwa yg murni,
    rahsia Allah di dlm hati,
    terlalu sembunyi tp dpt dikesan,
    jika disuluh dgn saksama,
    nista dan puji tiada berbeza...

    jujur pulak melakukan atau menyatakan sesuatu yg benar iaitu tidak menipu..

    kesimpulanny btol la kot sebenarnya keihklasan itu terselit di dalam kejujuran..

    BalasPadam
  10. Betul.bila ikhlas, tak perlu disebut. Allah yang selayaknya menilai keikhlasan seseorang..tp kan, ada jugak org yang bila dengar perkataan ikhlas baru dia akan meneriman sesuatu...ada jugak kepentingan sebut pekataan tu...bila terdesak kot...mungkin?

    BalasPadam
  11. salam;
    dua pekara ni lahir dari hati dan perbuatan..jujur pula lebih kepada percakapan dan tingkah laku manakala ikhlas lebih kepada sumbangan dan pemberian..ternyata disini kedua-duanya tidak sama maksud..

    BalasPadam
  12. Jujur dengan diri sendiri daripada menipu diri sendiri adalah lebih baik... :D

    BalasPadam
  13. serangan bertubi-tubi dari miss nadya yang mendatangkan diri dari blognya www.nornadiah.com ..:)


    gigih baca entry ni taw...jujur nad sibuk..tp dalam masa yg sama teringin nk masuk semua blog dgn ikhlas...:D

    BalasPadam
  14. hurm... ikhlas... tadi baru sempat tengok cerita Al-Ikhlas yang telah sisiarkan di carekarama tv3... dan tersentuh sangat bila mendengar huraian2 tentang surah Al ikhlas... sesungguh benarlah bila kita melakukan sesuatu hanya kerana Allah... tanpa meminta balasan dan redha... hati kita akan menjadi senang...:)

    BalasPadam

Terima Kasih :D