+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 29 September 2016

PANDUAN MENULIS COPYWRITTING SIMPLE TAPI POWER BAQ HANG.

8:52:00 PTG

Share it Please





Panduan menulis copywriting sudah menjadi satu “keperluan asas” untuk peniaga-peniaga yang memasarkan produk secara online. Tanpa copywriting yang power dan tepat kepada si pembaca, sudah pasti apa yang kita sampaikan akan menjadi hambar dan usaha kita menjadi sia-sia.


Objektif utama menghasilkan copywriting tidak lain adalah untuk menarik perhatian prospek untuk membaca apa yang ingin disampaikan oleh si penulis itu tadi. Ada beberapa panduan menulis copywriting sebenarnya, dan salah satu konsep yang menjadi panduan menulis copywriting yang agak popular adalah konsep A.I.D.A


Panduan Menulis Copywriting Menggunakan Konsep A.I.D.A


Pernah dengar “A.I.D.A” ? Seorang pakar pengiklanan dan pemasaran dari Amerika bernama E.St Elmo Lewis dikatakan orang yang pertama memperkenalkan konsep copywriting ini.


Beliau menekankan untuk menghasilkan suatu iklan yang berkesan, harus mengandungi 3 unsur berikut :- 

Attract reader – menarik perhatian 
Interest them – membangkitkan rasa suka 
Believe – mempercayai 

Susulan dari 3 perkembangan unsur tersebut, konsep A.I.D.A tercetus.

Konsep A.I.D.A


Apa itu A.I.D.A ? Ianya adalah singkatan untuk


A- Attention : Menarik perhatian

I-Interest : Membangkitkan rasa suka dan minat para pembaca

D-Desire : Membangkitkan rasa keinginan pada pembaca untuk membeli produk anda.

A-Action : Arahan kepada pembaca untuk melalkukan tindakan yang kita mahukan.


Mungkin anda sudah mendapat sedikit gambaran bagaimana untuk menghasilkan ayat iklan, tetapi masih terkial-kial memikirkan perkataan ajaib yang boleh memukau pembaca anda?? 

Banyakkan belajar melalui page-page produk yang popular dan yang menggunakan FBADS. Lihat bagaimana cara mereka menulis ayat-ayat iklan di FB dan cara mereka membalas PM daripada customer mereka. 

Pengalaman adalah sifu terbaik, jadi jangan malas untuk belajar lihat dan buat. Ilmu teori yang kita belajar di dalam kelas itu cuma sekadar pengetahuan dan belum mampu untuk memberi kefahaman bila berdepan dengan situasi yang sebenar.


2 comments:

Terima Kasih :D