+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 7 April 2016

TIADA PENDOSA YANG TIADA MASA DEPAN

8:30:00 PG

Share it Please

Kadangkala apabila mengenangkan dosa-dosa saya, saya berdoa:

"Ya Allah, jikalau diri ini ada manfaatnya pada manusia lain, maka ampunilah dia"

Kita berdakwah bukan kerana kita lebih bersih daripada orang lain, tetapi kerana kita sedar ada kotoran dalam diri kita. Maka kita melihat, dakwah adalah jalan untuk sentiasa muhasabh dan menghampirkan diri kita kepada-Nya.

Untuk diri saya, menulis perkara-perkara baik, mengingatkan orang kepada kebaikan, keluar di jalan Allah selama 4 bulan dan 40 hari, itulah yang kadang membuat saya bersemangat bagi mempertingkatkan keadaan diri sendiri. Walaupun kadang saya akui, apa yang saya tulis itu belum tentu saya mampu usahakan dan laksanakan. Namun, apabila memberikannya sebagai pesan kepada orang ramai, sebenarnya ia memukul jiwa saya sendiri. Buat saya muhasabh. Buat saya mahu usahakan yang terbaik buat diri ini.

Semoga Allah ampunkan saya dan ampunkan kita semua. bagi yang menbaca coretan ini, doakanlah saya. Moga Allah s.w.t ampunkan saya.

Sebelum saya akhiri coretan ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua satu pujangga para alim;

"Manusia yang apabila dia hendak melakukan dosa, berfikir, "Allah maha pengampun", adalah manusia yang mengkhianati keluasan pengampunan Allah swt. Allah itu maha pengampun, bukan untuk kita lebih banyak melakukan doas. Tetapi, untuk kita rasa malu dalam melakukannya. Untuk kita punya rasa harapan  apabila terjatuh ke dalamnya. Bukan untuk jadi lesen supaya kita melakukan dosa."