KISAH DINAR YANG TIDAK CUKUP

April 04, 2016


Sekadar ingin berkongsi kisah pengajaran dengan pembaca semua, kisah ini sebenarnya adalah untuk peringatan diri sendiri. Mana mungkin diri yang lalai ini akan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah tanpa perlu nasihat? Oleh itu cerita ini menjadi motivasi hidup atau bayan kehidupan dalam meneruskan hidup yang sementara ini. 

Mungkin ada yang pernah dengar tentang cerita ini, dan mungkin ada yang pernah membacanya. Namun ketahuilah sahabat semua, tak salah kita baca benda yang betul berulang kali daripada kita berceloteh benda yang salah beribu kali. Baiklah. 

let the story begin...

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang merasa tidak cukup dengan gajinya. Gaji lelaki itu 3 dinar. Pada suatu hari, lelaki itu berjumpa dengan seorang alim. Lelaki itu tadi menceritakan yang dia merasa gajinya tidak mencukupi untuk dirinya. Lalu, alim itu meminta untuk lelaki itu tadi mengurangkan gajinya kepada 2 dinar. Lelaki itu tadi pelik. Kenapa perlu dikurangkan lagi. Disebabkan ketaatan kepada seorang alim tadi, lelaki itu akur. Pada bulan seterusnya, lelaki itu mengambil gaji sebanyak 2 dinar. 

Masa berlalu. Lelaki itu masih berasa gajimya 2 dinar itu masih tak mencukupi baginya. Lelaki itu tadi pergi kepada alim itu semula. Lelaki itu menerangkan bahawa dia sudah mengurangkan gajinya kepada 2 dinar. Namun, gaji 2 dinar itu masih tidak mencukupi untuk dirinya. Alim itu memberi jawapan yang pelik sekali lagi. Alim itu menyuruh lelaki itu untuk kurangkan gajinya lagi kepada 1 dinar. Lelaki itu tadi semakin pelik, masakan 3 dinar kepada 2 dinar sahaja sudah sangat mencukupi. Apatah lagi dikurangkan kepada 1 dinar. Seperti yang sebelumnya, lelaki itu tadi akur sekali lagi. Pada bulan seterusnya lelaki itu mengambil gaji sebanyak 1 dinar. Masa pun turut berlalu.

Pada suatu hari, lelaki itu berjumpa semula dengan alim itu semula. Kali ini dalan keadaan berbeza. Wajah lelaki itu nampak ceria. Senyuman terlihat dari wajah lelaki itu dalam keadaan tenang. Lelaki itu tadi menceritakan hidupnya sekarang. Lelaki itu merasa sangat tenang dan gajinya yang 1 dinar itu sangat mencukupi untuk dirinya. Lalu, lelaki itu bertanya kepada alim itu kenapa keadaan ini boleh terjadi. Mengapa gajinya yang 3 dinar tidak mencukupi untuk dirinya bahkan berasa sesak. Berbeza dengan gajinya yang 1 dinar tadi mencukupi dan membuat lelaki itu berasa tenang. Alim itu memberi jawapan bahawa.

Haknya untuk kerja yang dilakukan oleh lelaki itu hanya 1 dinar. Lebihan 2 dinar sebelumnya itu bukan haknya kepada kerjanya. Disebabkan keberkatan pada 1 dinar itu tadi, hidup lelaki itu tercukupi dan lelaki itu berasa tenang dalam hidupnya.


Moral of the Story

"Kadang-kadang bukan jumlah wang yang membuatkan kita tenang dan mencukupkan keperluan kita. Keberkatan rezeki itu lebih baik untuk kita walaupun sedikit. Bukan maksud menolak mencari yang banyak. Jika banyak dan berkat lebih baik. Betul ? Jadi, kejar berkatnya dulu baru jumlahnya." 



Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.