3 SEBAB KENAPA ORANG GAGAL DALAM BISNES ONLINE

April 04, 2016
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم



Salam semua untuk pembaca blog penulisan Zul Fattah. Saya doakan tuan-tuan dan puan-puan semua kaya, berjaya dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. baiklah persoalan pada hari ini ialah kenapa ramai yang berbisnes tapi setakat setengah jalan sahaja. Ada juga yang baru buka syarikat sendiri, dalam masa 3 tahun pertama sudah angkat kaki.

Menerusi hasil kajian pembacaan saya dalam buku-buku dan apa yang saya dengar dalam seminar-seminar yang pernah saya hadiri. Apa yang dapat saya kongsikan di sini ialah ada 3 sebab utama kenapa 97% orang yang baru memulakan bisnes secara online, selalunya gagal. Ini termasuklah dalam perniagaan secara trading mahupun secara networking. 


3 SEBAB 


Bisnes adalah sebuah aktiviti yang melibatkan wang dan manusia. Banyak perkara yang perlu disentuh apabila memulakan bisnes online sendiri. Jadi, sebelum memulakan bisnes online, tetapkan matlamat yang mahu dicapai. 

1) Sebab #1

Ramai orang gagal dalam bisnes online, kerana mereka tidak mempunyai matlamat dalam berbisnes. Biasanya, orang yang baru memulakan bisnes online, mereka tidak menetapkan matlamat yang mereka mahu tuju. Apa yang biasa mereka buat, buka bisnes dan jalan. Sebab itu, kenapa banyak bisnes yang gagal adalah kerana tidak menetapkan matlamat. Mereka berbisnes, mungkin kerana mahu bebas hutang. Mereka berbisnes, mungkin kerana terikut kawan (tengok kawan mewah dengan bisnes, kita pun ikut berbisnes). Mereka berbisnes, mungkin kerana tidak mahu bekerja dengan orang. Apabila tiada matlamat yang mahu dicapai, kita akan mudah berputus asa apabila kita gagal atau mengalami kerugian semasa membuat bisnes. Penyebab kenapa usahawan berjaya pada hari ini adalah kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas apa mereka mahu capai.

2) Sebab #2

Matlamat tidak jelas. Peniaga baru, mereka ada matlamat. Tetapi tidak jelas. Mereka mahu berjaya dalam bisnes yang mereka mahu ceburi. Tetapi, mereka tidak tahu mereka mahu berjaya dalam bidang apa, dalam bahagian mana. Ataupun, mereka mahu mendapat duit sebanyak RM100,000. Tetapi, mereka tidak tahu, bila mereka boleh dapat duit RM100,000 itu. Mereka tidak tahu dalam tempoh masa berapa lama untuk mereka capai matlamat tersebut. Peniaga yang berjaya, mereka tahu merancang untuk mencapai matlamat dalam masa yang telah mereka tetapkan.

3) Sebab #3

Sebab ketiga kenapa ramai peniaga baru gagal dalam bisnes online adalah.. Tiada perancangan dalam menetapkan matlamat. Kita sudah ada matlamat. Kita sudah ada tempoh masa bila mahu mencapai matlamat tersebut (contoh mahu RM100,000 dalam masa 3 tahun). Tetapi, kita tidak merancang bagaimana kita mahu mencapai RM100,000 dalam masa 3 tahun. Buat perancangan supaya kita boleh mencapai matlamat dalam tempoh masa yang telah kita tetapkan. Rancang dengan teliti, proses-proses, perancangan jangka masa pendek, perancangan masa panjang untuk kita capai matlamat dalam tempoh masa yang telah kita tetapkan.


KESIMPULAN

Itulah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsikan untuk pembaca semua, sebenarnya masih banyak lagi sebab kegagalan. Tapi itu semua atas diri kita sendiri.. Tepuk dada tanyalah diri sendiri. 

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.