Modal Yang Paling Besar Untuk Berjaya Ialah Kepercayaan Diri

Mac 25, 2016
sumber : google

Saidina Ali r.hu pernah berkata 

“Modal yang paling besar ialah kepercayaan diri”


Percayakan diri kita bahawa kita yang terbaik. Sekarang ini, ramai yang tidak ada kepercayaan dalam diri mereka. Sehinggakan mereka masih teragak-agak, 

“boleh ke aku buat kerja ini?”

“boleh ke aku buat bisnes Mekaray ni?”

Persoalan-persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita, bilamana kita terjumpa sesuatu yang dinamakan pilihan. Jikalau buruk pilihan kita, maka meranalah pada masa kelak. Tetapi jikalau baik pilihan kita, maka kejayaan menanti dihadapan kita.

Maksud saya di sini sebenarnya, jikalau kita percaya akan pilihan kita atau keputusan yang kita buat sudah pasti kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pilihan kita ini bukan sesuatu yang sia-sia. Jikalau kita merasakan pilihan yang kita buat ini salah, maka kita akan mula rasa down, rasa bersalah dan sehingga timpulnya perasaan menyalahkan diri sendiri. Maka hasilnya kita gagal dalam pilihan kita itu. 

Begitulah kehidupan kita pada masa ini, ramai yang katakan diri mereka banyak kali ditipu oleh orang MLM. "Duit habis, hasil apa pun tadak." Itulah yang selalu saya dengar oleh rakan-rakan dan kenalan rapat atau jauh yang bilamana diperdengarkan tentang peluang perniagaan bersama Mekaray ini. Mereka menyalahkan upline tidak tolong, upline bawa lari duit, syarikat penipu, produk mahal entah apa-apa yang dijual. Macam-macam cerita, sehinggakan yang tidak masuk akal pun ada.

Buat pengetahuan semua, kejayaan saya pada hari ini dalam industry Networking ini bukanlah sehebat mana pun jikalau nak dibandingkan dengan otai-otai atau leader-leader hebat dari syarikat-syarikat lain. Tetapi, dengan pengalaman masa lalu membuatkan saya berada di tempat sekarang. Pengalaman masa lalu memang banyak mengajar saya untuk tahu apa itu erti kegagalan dan apa itu erti kejayaan.

Baiklah, jujur saya bagitahu yang saya mula diperkenalkan dunia networking atau MLM ini pada umur saya 17 tahun. Lepas SPM saya dikenalkan dengan LUXOR oleh kawan sekampung yang tidak pernah kenal rapat pun sebelum ini. Masuk dengan Modal RM2000 lebih dan akhirnya tidak dapat apa-apa pun. Sekadar dapat produk gamat dan tidak ada satu pun yang saya makan atau pakai sendiri. Semuanya saya bagi pada ahli keluarga. Masa itu, semua digadaikan sehinggakan laptop kesayangan pun saya terpaksa jual untuk buat bisnes Luxor ini. Masa itu, siyesly !! saya tidak tahu apa-apa pun. Just do it apa yang di suruh oleh rakan saya itu.

Sampai ke hari ini, saya masih tidak menyesal walaupun kehilangan laptop tersebut. Kerana saya menganggap itu adalah ujian hidup untuk mematangkan diri. Selepas setahun berlalu, saya di perkenalkan lagi dengan perniagaan UPTREND. Waktu itu, berita tentang uptrend cuma saya dapat melalui flyest dan saya pergi ke seminar yang mereka buat di Dewan Majlis Daerah Machang pada waktu itu. Dengan bermodalkan RM350 saya bermula dalam bisnes Uptrend dan still tidak dapat apa-apa pun.

Yang saya dapat cuma penat menabur flyest untuk upline pada masa itu. Satu Kota Bharu kami tabur flyest untuk event yang akan dibuat di hotel KB (tak ingat nama hotel). Siyeslly!! Di situ pun, saya masih tidak rasa menyesal menghabiskan duit RM350 walaupun saya tidak dapat apa-apa pun.

Selepas itu, tahun berganti tahun, masa berganti masa. Saya cuma menjadi pemerhati kepada syarikat-syarikat Networking yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun tidak ada satu orang pun yang datang untuk perkenalkan kepada diri ini tentang perniagaan MLM. Mungkin sebab saya busy dengan pelajaran. Sampailah saya grad dan mendapat pekerjaan di Saujana Puchong.

Tahun 2015 adalah detik untuk saya bermula kembali bagi mengantikan memori hitam dalam perniagaan Networking. Jikalau dulu bermula tanpa ilmu, kini ilmu perniagaan penuh di dada. Jikalau dulu cuma menjadi kuli atau budak suruhan, kini menjadi bos kepada perniagaan sendiri. Awal perkenalan dengan COWAY, sekadar menjual water filter, apa la sangat kan? Di situ saya masih tidak tahu pada asalnya Coway pun berasaskan perniagaan secara Networking sehinggalah saya sendiri menjalankan perniagaan coway ini. 

Seterusnya terlibat dengan UNICO NETWORK. Ilmu pengenalan dunia Networking bermula di sini dan hanya seminggu saya menjalankan perniagaan Unico ini. Modal dapat, untung dapat. OK not bad kan? Untuk orang yang masih baru macam saya. Sampailah saya berjumpa dengan Cikgu Roslan merangkap Sifu saya dalam dunia perniagaan Networking ini. Maka segala ilmu, segala pengalamannya dan segala-galanya dicurahkan kepada saya untuk berada bersama-sama beliau dalam perniagaan IECO SCIENCES. Tidak sempat buat apa-apapun untuk perniagaan ini, sekadar menjadi ahli sahaja dengan modal RM290 untuk sekotak produk dan automatic jadi agen syarikat. Siyeslly!! Di sini pun saya tidak menyesal walaupun sekadar beli produk sahaja. Kerana apa? Kerana MEKARAY VENTURES dalam rangka penubuhan.

Akhirnya bermulah langkah-langkah menuntut ilmu perniagaan dengan lebih mendalam dalam Mekaray Ventures. Pada 8/11/2015 itulah detik yang penuh bermakna bagi hidup saya kerana dapat menjadi warga mekaray ventures. 

Bayangkan, berapa banyak yang saya habiskan duit untuk sampai ke tahap ini. Hampir RM3000 lebih kerugian daripada perniagaan yang terdahulu. Itu dari segi wang, bagaimana pula dengan masa yang terbazir? Bagaimana pula dengan penat lelah ?

Mohd Ali, peninju dunia pernah berkata “ I’am the best” kepada lawannya kerana apa? Kerana dia ingin tanamkan dalam dirinya bahawa dia percaya kepada dirinya. Begitulah apa yang saya pegang pada hari ini, saya percaya yang saya akan berjaya di Mekaray Ventures. Jikalau betul dengan acuannya mana mungkin bahulu akan menjadi apam balik. 

Bung Sukarno pernah berkata lebih kurang ianya berbunyi begini “daripada menutup kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan” . Baiklah, anda faham maksud dari kata-kata beliau? Maksudnya begini, daripada kita meratapi di atas kegagalan kita, baik kita berusaha untuk terus keluar dari kegelapan @ kegagalan hidup kita. Benda dah jadi, segala kerugian yang saya tanggung sebelum ini, saya cuma boleh abaikan dan lupakan @ tutup mata. Tapi, peluang yang ada di depan mata sekarang ini, tak akan saya lepaskan dan saya akan pastikan yang saya akan buat sampailah hilang semua kegelapan dalam diri saya. Anda semua akan jadi saksi bagaimana saya pada hari ini yang bermula dari bawah pasti dan pasti saya akan berjaya pada masa kelak. InsyaAllah.

Sedikit tip dari saya sebelum saya mengakhiri nukilan ini, “untuk hasil yang besar, anda kena semai dengan benih yang besar” . Untuk tahu tentang apa itu benih yang besar, nanti ada masa saya akan kongsikan bersama anda semua. Buat masa ini, fikir-fikirkan kata-kata ini dan apa itu benih yang besar?

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.