Untuk Hidup Yang Lebih Mudah Semestinya Dengan Hidup.my

Februari 25, 2016


Adakah anda sedang mencari bilik kosong untuk disewa atau perlukan rakan bilik untuk peneman? Anda mahu menyewa bilik tetapi tidak tahu manakah yang lebih sesuai mengikut ciri-ciri yang anda inginkan? Yea, kini anda boleh mendapatkannya di Hidup.my. Apa itu Hidup.my? Hidup.my ialah laman web yang menyediakan database atau senarai bilik sewa (room rental) yang terdapat di Kuala Lumpur. Kini, Hidup.my sedang melebarkan sayapnya hingga ke seluruh pelusuk Malaysia.

Setelah mencipta sejarah kejayaan dalam masa 4 bulan penubuhan laman sesawang ini, kini Hidup.my mula bergerak dengan lebih rancak untuk memastikan kemudahan dan keselesaan dalam pencarian bilik-bilik sewa bagi pengguna. 

Pada pendapat saya, laman web ini cukup berkesan, mudah, cepat, padat dengan maklumat yang diperolehi dengan begitu cepat membantu anda dalam misi mencari bilik atau bilik yang sesuai untuk didiami. Sumbernya juga menyakinkan dan dipercayai selamat dan selesa. 


Begitu senang untuk melayari sebuah laman web khusus untuk anda menyewa bilik ini.

1. Pertama sekali, untuk mencari semua bilik kosong di Kuala Lumpur yang tersedia, anda perlu klik "Find a room" Anda boleh melihat bilangan bilik yang kosong beserta dengan harga yang ditawarkan serta lokasi bilik kosong tersebut.

Klik Gambar Untuk Mencari Bilik 

2. Anda boleh melayari dengan lebih lanjut dengan memilih jenis bilik, samada anda mahukan master room, common room, hdb, condo, apartment dan sebagainya ataupun lokasi daerah lokasi bilik tersebut dan sebagainya.

3. Jikalau anda mencari teman sebilik atau housemate, anda boleh klik "find a housemate" dan anda boleh melihat nama yang mencari bilik di kawasan yang dipilih.

Klik Gambar Untuk Mencari Housemate

3. Letakkan petunjuk kursor pada mana-mana lokasi yang ada dalam database dan anda akan mendapati secara lanjut dengan lebih detail tanpa menekan klik pada lokasi tersebut.

4. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, anda perlu klik pada ikon yang terletak di sebelah kanan. Detail disediakan begitu terperinci termasuklah lokasi atau kemudahan awam yang berhanpiran dengan bilik tersebut dan nombor telefon untuk anda hubungi bagi menyewa sesebuah bilik juga disediakan. Ciri-ciri bilik yang ingin disewa itu seperti kemudahan memasak, penghawa dingin, TV, mesin basuh disediakan atau sebaliknya.

5. Akhir sekali, anda boleh menghubungi tuan bilik sewa tersebut untuk bertanyakan dengan lebih lanjut lagi.

How It Works?





Senang bukan? Anda hanya perlu mendaftar bagi menyewa atau menghantar pos bilik untuk disewa. Ianya PERCUMA tanpa sebarang caj tambahan. Sekiranya rakan dan keluarga anda mencari bilik kosong, inilah masanya untuk memberitahu mereka bahawa apa yang mereka cari pasti akan dijumpai di Mudah.my. Hantarkan pos ini dan sebarkan juga kepada rakan dan famili anda. Suka saya ingatkan sekali lagi, kepada anda yang berada di seluruh Malaysia, Hidup.my is super awesome untuk yang sedang mencari bilik sewa ataupun housemate.

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.