THE POWER OF BELIEVE

Februari 13, 2016


Dalam dunia Network Marketing @ Multi Level Marketing (MLM) ramai yang telah membuktikan kejayaan mereka dalam syarikat masing-masing dan ada juga yang menempuh kegagalan sehinggakan ada yang trauma dan block perniagaan berkonsepkan networking. Namun, tahukan kita semua apakah penyebab utama yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam dunia networking?

Mengikut kajian yang dijalankan oleh (aku tak ingat nama diaorg apa, tapi aku dengar ini dari mulut motivator Tuan Mursyidi dalam Seminar How To Be A Great Leader di HQ Mekaray Ventures), Punca utama yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam bisnes networking ialah kerana modal yang kecil. 

Mereka bermula dengan pakej yang kecil dan mengharapkan pulangan yang besar tanpa membuat apa-apa pun. 

"Tak pe la, rugi sikit ja kalau tak buat"
"Mujur aku masuk yang kecil, kalau masuk yang besar kompem lagi rugi"
"Aku tolong kawan-kawan ja, tak pe la, ko buat la dulu"

Berikut merupakan kata-kata yang bermain di mulut orang-orang yang gagal dalam dunia networking. Bila mana mereka merasakan modalnya kecil, maka keluarlah alasan-alasan yang lain, upline tak tolong la, plan tak bagus la, company keling la, payout kecil la, tak ada kereta la nak jalan dan bermacam-macam lagi alasan yg kadang-kadang tidak logik untuk kita fikirkan.

Peninju dunia Mohamad Alli sebelum beliau mengalahkan John Formen dalam kejuaraan dunia. Beliau tahu, beliau masih baru dalam dunia tinju tapi apah yang diterapkan dalam dirinya ialah kepercayaan pada diri sendiri. Semasa acara menimbang berat badan, beliau telah berkata kepada John Formen sambil melompat-lompat.

"I'am The Best you know. I'am The Best you know . I'am The Best you know"

Nasihat yang pernah Mohamad Alli bagitahu, " To be a Champion, you must believe you are the Best. If  not, pretend you are the Best." Beliau tak power pun masa tu, tapi disebabkan keyakinan yang tinggi dalam dirinya dan kuasa Believe yang ada pada dirinya mampu untuk mengalah Joh Formen.

Itulah kuasa percaya yang mampu menjadikan seseorang itu sungguh luar biasa. Seperti mana kita percaya yang Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Nabi akhir zaman. Sehinggakan sesiapa pun yg hina Nabi, pasti kita akan kecam dan sanggup untuk berjihad dan mati demi mempertahankan Islam. Tapi, pernahkah kita jumpa Nabi Muhammad?

That the power of believe.. Sometime we must use this power in our daily life. Simpan dan sematkan dalam hati yang kita boleh berjaya. 

AKU BOLEH.. 
Barulah tidak ada alasan untuk tidak berjaya dalam apa pun yg kita lakukan. 

2 ulasan:

  1. Betul tu, keyakinan sangat penting dlm apa jua keadaan.. tp untuk MLM den dah serik hehe

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.