REVIEW FILEM | BAJRANGI BHAIJAAN

Februari 18, 2016



Ahamdulillah, setakat ini aku sudah 2 kali tengok cite Bajrangi Bhaijaan ni dan memang puas hati, tak bosan dan best bak hang. Cerita yang berstyle ala-ala fairytale memang best kalau layan. Walaupun orang cakap cerita ini ada unsur-unsur syiah , aku rasa tak perlu sampai nak mengaitkan tentang isu yg sebegitu sebab di sana, diaorg bg diaorg dah biasa. Nama ja islam tapi macam-macam jenis pahaman ada di sana.

Ini semua berdasarkan pengalaman aku berada di India dan Pakistan pada 2 tahun lepas. Merantau di sana dan melihat sendiri kehidupan masyarakat mereka membuatkan aku tahu apa itu erti bersyukur dan indahnya Malaysia. Dalam movie ini, Shahida merupakan seorang anak yang bisu tapi boleh mendengar. Jadi ibunya dgan niat nak menyembuhkan anaknya, maka dia mengambil keputusan untuk pergi ziarah kubur Wali Nizamuddin di Delhi India. Tempat ini aku pernah sampai, dan mereka di sini sangat mengagung-agungkan kubur wali keramat ini. Mereka juga memuja kubur ini untuk diberi kesihatan, kekayaan dan macam-macam lagi yang mereka minta. Aku pergi tengok je la, tak ada la sampai nak sembah kubur itu. Most of them is Muslim tapi pahaman mereka yg memuja kubur itu yg pelik sikit. 


Selepas berpisah dengan Ibunya, Shahida @ Munni berjumpa dengan Pawan (Salman Khan) yang sado tu, ketika itu dalam majlis perayaan Tuhan Monyet bagi agama Hindu. Macam biasa r, nampak cam gempak kan dalam movie tapi realiti korang akan nampak yang sama jugak tapi yang menyanyi tak ada la sado dan lawa macam Salman Khan. Itulah realiti kehidupan mereka di sana, siyesly aku tak boleh tidur, sebab bising sangat. Sampai ke subuh diaorg bersuka ria, berjoget menari dan bergendang dan main alat muzik jika ada majlis perayaan @ kenduri kahwin. Yang paling dahsyat, dekat daerah Punjab, famous dengan gendang dan yang jenis suka menari.. Fuhhh terkial-kial lagi di telinga ni.

Konflik dalam cerita ini, bermula bila Munni kena di hantar pulang ke Pakistan. Pawan bertanggungjawab untuk membawa Munni balik berjumpa dengan ibunya. Di sini, air mata jantan aku hampir-hampir jatuh, mujur sempat ditarik masuk semula. Macho man, mana leh menangis. Siyesly Pawan seorang yang jujur dan lurus bendul la, kalau kita kat sini kompem kena panggil alim-alim kucing. Tapi aku suka dengan pendirian tegas yang di tunjukkan oleh Pawan, sentiasa bercakap jujur dan berkeras meminta izin untuk masuk ke Pakistan, walaupun dipukul sampai berdarah.

Pawan dan Munni di bantu oleh wartawan Shad Nawab. Sampailah Munni dapat berjumpa dengan Ibunya semula. The End. habis cerita di sini.


Pengarah filem ini, Kabir Khan bijak memainkan emosi penonton dengan mewujudkan watak Raskia (Kareena Kaapor) untuk lebih nampak romantik dan sebagai pembantu kepada watak Pawan yang sentiasa jujur dan lurus bendul dalm setiap perkara. Deengan adanya watak Raskia, Pawan boleh di kawal dan di bentuk semula. Kareena Kaapor dalam crita ini, dia nampak tua sangat, muka pun dah cengkung sekarang ni. 

Kabir Khan juga mampu mewujudkan komedi natural dengan lagu dan melalui watak Pawan yang lurus bendul tu. So, tak ada la nak straight je, ada jugak part gelak ketawa dan air mata. Ok. Untuk part air mata, yang sedih sakit pun ada, sedih gembira pun ada. Sedih sakit ini, bila Pawan di pukul oleh polis Pakistan dan sedih gembira ini bila Shahida berjumpa semula dengan ibunya.

Pesekitaran dalam part ini, banyak bermain di daerah Punjab dan Sultanphur. Bagi daerah Punjab, aku penah sampai di sana, memang unta banyak gila di sana. Sampaikan sambut aku Raya Qorban di sana dengan sembelih unta. Itulah kali pertama makan daging unta seumur hidup aku. Untuk sampai ke Sultanphur, aku cuma pernah sampai Pershawar dan Nottia, situ pun dah sejuk bak hang. suhu 10 dengre, memang sejuk. Daerah Kashmir aku tak boleh masuk, sebab foreigner tak dibenarkan pergi ke tempat tersebut. 

Sempadan antara Pakistan dan India di daerah Kahsmir itu, daerah yang ada salji dan orang sana kebanyakan Muslim Sunni dan Syiah. Ramai juga jemaah di hantar ke sana, tapi hanya jemaah tempatan orang Pakistan.

Baiklah, untuk filem ini, aku bagi 5/5 bintang. Sebab ada pengajaran yang mampu kita ambil dari cerita ini, flow penceritaan juga menarik dan superbbbbb. Best la dari Dilwale tu. huhuhu

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.