MAAF ATAS GANGGUAN TEKNIKAL

Februari 15, 2016


Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setelah berkecimpung dalam bidang Network Marketing, aku akhirnya dapat meluangkan masa untuk mengadap laptop ini dan mengupdate entry-entry dalam blog ini. Syukur Alhamdulillah sekali lagi, kerana diberi kebebasan waktu dalam bekerja kerana tidak terikat dengan mana-mana company atau makan gaji daripada bos. 

Seperti yang korang tahu, aku pernah menulis tentang kemungkinan aku akan berhenti kerja dari  dari Service Engineer di Saujana Saintifik. Memang itu yang berlaku sekarang ini. Sudah 3 bulan lebih aku tidak makan gaji dan still boleh survive di atas muka bumi ini dengan hanya menjalankan bisnes online di Mekaray Ventures.

Dengan komitmen yang tidak terlalu tinggi sekadar RM1000 sebulan yang perlu dibayar bg setiap bulan untuk menjelaskan segala sewaan dan hutang bank. Sekarang ini, target aku ialah untuk bebas dari segala jenis hutang-hutang yang aku tanggung. Tapi ini bukan the main point yang aku nak cerita di sini.

Untuk kesempatan yang ada ini, aku ingin memohon berbanyak kemaafan kepada semua yang mengadu akan masalah blog ini, yang tidak dapat dibaca dan selalu bertukar template blog. Aku ingin jelaskan yang sebenarnya, blog ini masih dalam construction. Disebabkan aku sudah lama tak mngemas blog ini dan terpaksa minta bantuan pakcik google untuk selesaikan semuanya. Alhamdulillah masalah komen sudah dapat di settle kan. Buat masa ini aku akan stay dengan template simple sahaja sebelum aku upgrade blog ini kepada domain.

Sekarang, korang semua boleh la baca dan godek-godek entry-entry lama, tapi untuk entry-entry lama blog ini, korang tak boleh nak komen. Sebab sekarang aku menggunakan commentluv punya comment widjet. Aku masih study lagi apa yg patut di perbaiki dalam blog ini. Segala kesulitan, harap dimaafkan dan amat dikesali.

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.