LANGKAH PERTAMA CETUSAN KEJAYAAN

Februari 01, 2016


Permulaan langkah dalam Mekaray bermula 8 November 2015 dan sampailah sekarang 1 Feb 2016, sudah hampir 2 bulan lebih aku bersama dengan Mekaray. Alhamdulillah, selepas sebulan berbisnes bersama Mekaray Ventures akhirnya terbalas untuk pertama kalinya di Golden Of Palace Horse Hotel, Sri Kembangan pada 19 Dis 2016. Majlis makan malam dan Recognition Nite for 5 figure income and top income achievers ini bertemakan Arabian Nite. Permulaan yang bernasib baik sebenarnya, sebab aku bukan sesiapa pun dan tiada asas yang kukuh pun dalam mana-mana bisnes networking sebelum ini. Rasa segan pun ada sebenarnya untuk naik pentas bersama-sama dengan orang-orang otai yang sebelum ini pernah berjaya dalam bisnes yang terdahulu.


Inilah barisan 20 orang top achiever yang telah meraih hasil mereka setelah sebulan berbisnes bersama Mekaray. Ramai yang leader legend mula berbisnes semula  dalam dunia networking bersama Mekaray mula menunjukkan taring masing-masing. Leader hebat Cikgu Roslan, Hajah Serina,  Tuan Aizat dan Ustaz Helmi masing-masing mempunyai group yang tersendiri di bawah rangkaian Syarikat Mekaray Ventures. Untuk pengetahuan semua, aku berada di bawah Cikgu Roslan.

Di belakang camera senyum ja..

Kepada yang mengikuti instagram aku pasti melihat hastag #projeksunnah untuk beberapa gambar yang dikongsikan. Ia sebenarnya adalah pelan bisnes kepada yang berhasrat menjadikan keusahawan sebagai kerjaya dan juga peluang menjana pendapatan sebagai ‘income kedua’ tanpa mengganggu kerja sedia ada. Peluang terbaik memperkasa ekonomi diri dan sandaran pelan persaraan. Dalam erti kata lain, sebagai tanda tanya kepada semua orang, tentang bisnes yang aku jalankan. Ada juga yang kecam dan kata aku mempergunakan sunnah, tapi nak buat macam mana? dah memang aku jual produk sunnah. Triple M dan Meka Viniga tu produk formulasi sunnah 100%.

Depan camera, tak tau nak cakap apa da..

#projeksunnah ini aku usahakan bersama Team Wealth Empire. Wealth Empire group ini sebenarnya group lama Cikgu Roslan dalam bisnes yang terdahulu cuma ianya diberi nafas baru ataupun penjanaan semula logo kumpulan. Team Wealth Empire mensasarkan untuk melahirkan ramai usahawan berjaya kepada yang terlibat melalui konsep membantu secara berjemaah. Ia disokong oleh individu-individu dan syarikat berlatar belakang portfolio yang teguh dengan produk yang selamat dan bermanfaat. Bisnes ini diusahakan secara berjemaah tanpa melibatkan quota atau target penggunaan, jualan atau sebarang agenda tersembunyi. Menjual produk adalah usaha bonus kepada mereka yang ingin memaksimakan pendapatan melalui peluang yang ada. Ianya halal, sah di sisi perundangan, modal yang rendah dengan bimbingan dan sokongan jemaah bisnis secara berterusan.


Tuan Basri, Aku, Puan Jamaliah, Cikgu Roslan dan Tuan Romzi antara tenaga pengerak Team Wealth Empire.

#projeksunnah ini merupakan peluang keusahawanan dan menjana pendapatan kedua yang diusahakan dalam jemaah yang terbukti telah melahirkan usahawan berjaya mahupun jutawan. Oleh itu, adalah menjadi komitmen dan tanggungjawab kami juga untuk sentiasa saling menyokong dan membantu usaha diantara satu sama lain demi merealisasikan kejayaan.

Justeru, kepada yang berhasrat memperkasa ekonomi bersama jemaah atau mengetahui lebih lanjut, silalah hubungi saya di 0111-684 0717. Kami sedia membantu, agar anda boleh menilai sendiri dengan sebaiknya. Mudah-mudahan ia dapat membuka peluang kejayaan anda untuk kebaikan insan... aamiin.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...terbaik...keep it up!!!

    BalasPadam
  2. Hello Admin!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.