+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 13 November 2015

Untuk Kaya Kita Mesti Ada Mesti

12:31:00 PG

Share it Please

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu utk menaip sedikit coretan minda sebagai tatapan memori masa hadapan. Alhamdulillah jugak, aku ditempatkan bersama-sama orang2 yg positif dalam Mekaray Ventures (MR). Melalui bisnes MR ini, aku banyak dapat kenalan baru, dan kenalan di FB yang sentiasa positif dalam setiap perkaara. Apa yg aku perhatikan dalam kehidupan mereka (orang yg berjaya), hidup mereka bukan sahaja kaya wang, malah kaya jiwa, kaya ilmu, kaya budi bahasa, kaya personality, kaya kemahiran, kaya keberkatan dan kaya dalam segi etika kehidupan.

Jika aku nak ceritakan semua tentang kekayaan mereka, pasti entry ini akan jd lebih panjang smpai 2@3 hari nak mnyiapkannya. Sebenarnya, mereka menjadi kaya kerana impian dan matlamat mereka yg jelas. Mereka ingin org ramai kaya seperti mereka. Tidak ada sedikit pun, rasa di hati, nak khianati orang biasa, nak perhambakan orang bawahan @ nak jadi bos besar. Kalau itu yang mereka mahukan, apa gunanya ilmu yg dicurahkan, apa gunanya pengorbanan yang diberikan kepada kita semua?

Begitulah sikap orang yg berjaya, hidup mereka sentiasa dipenuhi dgan sikap member. Mereka member dalam pelbagai bentuk, sama ada wang, ilmu pengetahuan ataupun bantuan tenaga. Apa sahaja bantuan dan tunjuk ajar daripada orang yg berjaya, hendaklah kita ambil dan jadikan panduan hidup untuk kita berjaya dalam dunia bisnes kita.

Aku ingin memetik sedikit kata-kata daripada Tuan Norazuan dalam Seminar Empire Of The Mind pada beberapa bulan yang lepas. Untuk berjaya dalam setiap perkara bisnes yang kita buat ialah kita mesti ada MESTI.

Mentor
Seseorang yang boleh membentuk diri kita untuk menjadi seseorang yang Berjaya. Kepadanya kita mintak segala tunjuk ajar dan belajar bagaimana untuk kita mempengaruhi orang lain. Dan yg pasti adalah orang-orang yg telah berjaya dalam bisnes masing-masing. Bagi aku, Mentor aku dalam dunia MLM ialah Cikgu Roslan. Dialah abg, dialah cikgu, dan dialah yg slalu push aku kehadapan untuk lebih berjaya dalam dunia bisnes MLM.

E (Ilmu)
Segala ilmu tentang bisnes hendaklah di korek sedalam mungkin melalui mentor kita. Ambil peluang dan segala kesempatan yang ada untuk tonjolkan diri kehadapan. Malu memang malu, gementar, gemuruh, nak terkencing semua ada. Tapi, aku perlu buktikan pada semua org yang aku berjaya, dan aku nak buktikan jugak keputusan aku berhenti kerja sebagai Engineer adalah satu keputusan yg betul.

Sistem
Plan untuk berjaya kena jelas, matlamat kita kena rancang dgan bijak, supaya tidak jd seperti angan2 mat jening shaja. That why, aku perlukan seseorang untuk guide aku. Orang itu ialah mentor aku, dgan sgala gerak kerja yg sistematik, banyak bantu orang bawah, bagi bnyak ilmu pada orang bawah itulah yg aku pengan sbagai gerak kerja aku.

Tindakan
Lakukan macam mentor kita lakukan. Dalam dunia network marketing, tiru apa yg mentor buat. Itulah yg aku telah buat selama bersama dengan mentor aku. Just copy and paste apa yg telah diberitahu. Follow the duplikasi mudah rule. Senang je.

Impian
Tetapkan apa impian kita, dan impian hendaklah jelas dari segi masa dan kemampuan. Contoh, kalau kita impikan mahu kereta Lamborgini. Kita kena tahu, secara jelas, model apa, cc brapa, warna apa, harga brapa, semua itu kena ambil kira utk jadikan Lamborgini itu milik kita.

Kesimpulannya, Kaya is not just money. Kaya ialah segala-galanya nikmat kurniaan Allah. Walaupun kita tak bertangan, tak berkaki, tak boleh melihat @ bercakap kita masih kaya kerana kita masih ada Hati yg dapat merasa kekayaanNya. Kaya yg sebenar lahir daripada hati, Kaya yg bawa kita ke mati..

Dirikan pondok bertanam nanas, 
Biar saya berburu rusa; 
Biar orang melonggok emas, 
Saya niaga budi bahasa.