+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Isnin, 16 November 2015

Colour Your Life

4:48:00 PTG

Share it Please

"Life is a characteristic distinguishing physical entities having biological processes (such as signaling and self-sustaining processes) from those that do not."

Ayat di atas ialah menjelaskan maksud life yg aku merujuk dari wikipedia. For me, 'life' ialah seperti kain putih yg sedang menunggu utk dibuat baju. Kita berhak corakkan warna apa yg kita mahu atau apa yg kita suka dan senangkan hati kita. 

Cuba kita lihat di sekeliling kita, banyak warna di sekeliling kita adalah warna alam yg Allah berikan kpd kita. Warna hijau dedaunan, biru lelangit, putih kelabu awan di langit, hitam gelap ketika malam menjelang. Inilah warna-warna alam yg telah banyak meng hiburkan kita.

Waktu kecil, kita selalu bermain dengan pensel warna crayon. Dari kiri ke kanan, kotak depenuhi dgan pensel warna. Kanak-kanak kecik suka sngat tngok warna. Tetapi, ramai orang dewasa berhenti memilih warna kehidupan mereka sendiri. Mereka sudah tidak lagi merasai kesenangan hati terhadap warna mereka.

Jadi, ramai yg terpaksa ikut warna orang lain yg sediakan utk mereka corakkan pada kain putih mereka. Mungkin hanya ada satu dua warna ja, tp hakikatnya terlalu bnyak warna di luar sana. Mereka telah hilang pedoman, hilang pandangan,hilang rasa danjati diri dlm diri masing2.

Sebabnya hanya satu...

Orang lain yg tetapkan masa utk mereka
Orang lain yg sediakan masa bg mereka
Orang lain yg mengarahkan mereka

Bukankah ianya lebih dari satu? Akhirnya, mereka hanya memakai baju warna yg bukan mereka suka. Mereka akan berasa sedih kerana warna yg dicorakkan itu tidak menyenangkan hati mereka, lalu bermulalah aktiviti menyalahkan orang di sekeliling mereka.

Menyalahkan pihak lain tidak membantu hidup kita. Bahkan ia mengeruhkan lg keadaan yg ada. Hidup orang berjaya seperti anak-anak kecil. Mereka bebas memilih warna apa yg mereka mahu, warna apa yg mereka suka. Kerana dengan pilihan hati sendiri. maka kita akan dapat kepuasan hati.