Sekolah Itu Perangkap Minda

Oktober 29, 2015
sekadar gambar hiasan

Seperti mana yang kita tahu, sistem persekolahan dan pendidikan merupakan keperluan utama untuk anak muda generasi sekarang. Semua yang belajar di sekolah akan bercita-cita untuk menjadi seorang yang bekerjaya seperti doktor, lawyer, engineer dan lain-lain. Tapi tak ada pulak yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Aku masuk dalam sistem persekolahan dari darjah 1 sampailah aku grad dari universiti. Aku ingatkan dengan menjadi seorang engineer di sebuah syarikat swasta sudah cukup untuk membela nasib keluarga dan diri aku, tapi kenyataannya hampeh, tak seperti yang aku harapkan. Atas perkara inilah, aku mula berpikir dan banyak membaca buku-buku Robert T. Kiyosaki, Zig Ziglar, Napolleon Hill,Donald Trump dan lain-lain tokoh yang berjaya dalam dunia bisness masing-masing.

Apa yang dapat aku simpulkan ialah, apa yang aku belajar di sekolah dahulu tidak mampu untuk mempersiapkan diri aku untuk berhadapan dengan dunia yang sentiasa berubah dan berkembang. Secara ringkasnya, pembelajaran di sebkolah berubah pada kadar perlahan, dan dunia berubah pada kadar yang jauh lebih laju.

Mengapa pendidikan kewangan tidak diajar di sekolah?

Jawapannya : Manusia menjerat dan melatih monyet di sekolah..

Maksud akau ialah, sekiranya seseorang mempunyai pendidikan kewangan yang kukuh, mereka tidak akan setia dgan idea jaminan pekerjaan, bergaji tetap dan pencen. Sekiranya seseorang tahu undang-undang cukai, mereka tidak akan membayar cukai yang tidak perlu. Sekiranya mereka faham sistem perbankan, mereka tidak akan menyimpan wang. Mereka tidak akan menganggap rumah mereka sebagai asset, kerana mereka tahu ia sebenarnya liability. Sekiranya mereka faham maksud inflasi, mereka tidak akan hidup di paras kemampuan mereka.

Daripada cuba mengelak untuk membayar hutang, mereka sepatutnya belajar bagaimana cara menggunakan hutang untuk memperoleh kekayaan.

OK, Cukuplah untuk perkongsian hari ini, Oh ya, sebelum aku  terlupa, perkara yang paling penting, kita hendaklah tanya diri kita, mengapakita perlu bersekolah, siapa guru kita dan kemana pendidikan akan membawa kita selepas habis belajar..? Set kan dalam kepala otak kita semua, mahukan kita jadi hamba kerja seumur hidup, atau jadi bos spanjang masa.?



4 ulasan:

  1. Sistem pendidikan kita yg ketinggalan zulfattah...
    Lihat sahaja di Jepun bgmn sistem pendidikan mereka..
    Pada peringkat rendah mereka didik dgn peradapan manusia.. bgmn utk menjadi insan yg berakhlak .. disamping mengenal pendidikan akademik yg tidak terlalu terbeban..
    Lihat anak2 kita di sekolah rendah.. beg mrk berat mengalah beban batu..
    Segalanya perlu dipelajari..

    BalasPadam
  2. Sisipan halus penjajah dari kita belum lahir mudah kata zaman mak-ayah kita mereka dah buat dan sayangnya mereka yg diberi tanggungjawab terus-terusan mengguna sistem yg ada. Bahkan lebih sedih bila tulisan jawi pun dihapuskan dlm sistem pembelajaran sebelum kita semua mengenal erti hidup. Macamana mereka yg totally sekolah kebangsaan saja. Sah nak baca quran pun merangkak kalau huruf jawi pun tak kenal.. Belajar sejarah penjajah lagi. Buat apa tu. Kalau setakat utk ambil tahu tak apa tapi masuk dlm exam lagi...

    Tengok ajelah bangsa ca ya nun alif mereka nampak anak tak boleh belajar dah dididik apa yg boleh mereka buat utk kelangsungan hidup masa depan.. Entahlah. Kalau nak bincang sistem pendidikan kita memang boleh sesak nafas dibuatnya dik..

    BalasPadam
  3. kenapa kita wajib sekolah?rasanya kurang tepat soalan tu...kenapa mesti sekolah...kerana itu sistem / undang negara yg perlu kita ikut..tetap kita wajib menuntut ilmu...bukan hanya di sekolah...tapi di mana2 :)

    BalasPadam
  4. saya ingin tahu ape maksud perangkap akal ye adakah ia lebih kurang sama ayat seperti "perangkap minda" ataupun tidak

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.