+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 7 Oktober 2015

Kenapa Aku Berhenti Kerja?

1:34:00 PTG

Share it Please



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin agak pelik kenapa tiba-tiba sahaja aku menyuarakan perkara ini. Kehabisan idea barangkali menyebabkan aku terpaksa berkongsi apa yang aku sudahpun terfikir kebelakangan ini iaitu berhenti kerja.

Entah kenapa inilah perkara yang membuatkan aku runsing ketika ini memandangkan aku masih baru bekerja di syarikat tersebut iaitu selama 8 bulan. Sebelum ini, pernah bekerja secara kontrak selama sebulan di Aegis. Tapi, di syarikat ini ruang kerja aku berkaitan dengan apa yang aku duk study slama 4 tahun di UniMAP dulu. Ilmu belum cukup, tapi masih nak berhenti. Ermm

Apa Alasan Yang Kuat Untuk Aku Berhenti Kerja?

Aku pun tak pasti apakah masalah utama yang membuatkan aku mempunyai alasan yang kuat untuk berhenti kerja. Ada kalanya aku rasakan seperti satu kerugian juga kerana syarikat terbabit tidaklah memberi banyak masalah kepada aku. Walaupun selama 8 bulan aku keje di situ, dah 6 orang berhenti kerja dan sekarang aku pulak yang nak pergi dari sana.

Mungkin masalah ini berpunca daripada pihak-pihak tertentu atau mungkin juga aku sudah berasa ‘tepu’ setelah sekian lama terperangkap dengan tugasan yang sama.

Backup plan yang aku ada ialah aku akan fokuskan pada jual produk Coway dan Projek Sunnah yang akan bermula pada bulan 11 ni.

Selepas beberapa ketika aku dapat rasakan bahawa aku mula ragu-ragu dengan niat dan juga tindakan yang perlu diambil samada untuk melayan perasaan atau berfikir sesuatu yang baru. Berikut adalah apa yang aku cuba pertimbangkan.

Kenapa Aku Perlu Berhenti Kerja?

Selain dari bosan dengan tugasan yang sama ja setiap hari, Aku kena pertimbangkan jumlah gaji yang aku terima dengan cara hidup aku di KL. Kenapa aku perlu limitkan kebolehan aku, dengan terikat oleh ofis hour.? Kenapa perlu aku stay di stu dan tunggu hujung bulan untuk dapat gaji, sedangkan aku mampu dapatkan lebih dari itu?

Nisab tahunan untuk keluar 40 hari tahun ini, masih belum tertunai. Aku perlukan cuti yang agak lama untuk aku keluar di Jalan Allah. 

Persoalan2 inilah yang bermain di kepala otak aku, dan aku yakin pada diri aku. Aku mampu hidup, walaupun aku tak bekerja dengan compony.

Kenapa Aku Tak Perlu Berhenti Kerja?

Gaji dah agak best kot. Kalau kat luar mesti lagi banyak, kan? Hehe…
Kerja yang fleksibel.
Self-manage kita punya masa kerja selagi mana tak kacau kerja.
Bos yang agak memahami dan tak pernah bising-bising.
Medical benefit yang agak baik 
Banyak juga ilmu yang diperolehi dalam tempoh 8 bulan

Mungkin masih ada lagi alasan-alasan untuk aku letak. Tapi inilah antara yang aku masih ingat. Sehingga sekarang aku masih belum berjaya mendapat jawapan kukuh samada aku perlu berhenti kerja atau tidak.

Jelasnya aku memang dah 50-50 dah untuk berhenti kerja. Aku cuba untuk ubah angin untuk bekerja sendiri pulak. Insyaa Allah kalau aku berjaya, aku akan maklumkan di suatu masa kelak.

sekian.

3 comments:

  1. Sebagai mak-mak nasihat kakak dptkan kerja dulu baru berhenti. Tapi kalau masuk sykt baru nak apply leave 40 hari tu payah. Boss yg ada sekarang dah lebih mengerti, jadi setakat nak cuti senang. Buat dulu apa yg patut sebelum bercuti. Sayang kalau kerja dah dapat dilalui berhenti..

    Tapi apa pun terpulang Zul juga mana tahu ada pulangan lebih baik dari berhenti dari tempat sekarang, macam kata Zul nak concentrate dgn Coway tu..

    BalasPadam
  2. Sebagai adik adik haha . Buat solat istikharah mintak petunjuk dari Allah lepas tu buat la keputusan ye . InsyaAllah ada hikmah di setiap keputusan yg diambil. Semoga dipermudahkan segala urusan .:)

    BalasPadam
  3. Bila bekerja dengan company bermakna kita sedang membantu mereka menaikkan syarikat mereka. Membantu mereka mencapai impian dan cita-cita mereka. Kebolehan kita diguna dan kita dibayar dengan kadar yang rendah berbanding hasilnya yang tinggi. Walhal dengan kebolehan dan kepakaran yang kita ada, kita mampu mendapatkan lebih.

    Bos tidak semestinya pakar dalam bidangnya. Prinsip bos senang...
    - Tiada kepakaran, guna kepakaran orang lain
    - Tiada duit, guna duit orang lain
    yang paling utama bos tahu dimana untuk dapat job besar-besar. (Ini yang perlu kita tahu jika ingin menjadi bos)

    Bila bekerja makan gaji, memang setiap hujung bulan nampak mewah. Jika kita dibayar RM2500 sebulan bermakna setiap hari kita dibayar lebih kurang RM114.

    itu jika gaji RM2500. Jika RM1800? RM81 sehari (22 hari)

    Jika kita mampu menjana RM500 sehari dengan kebolehan dan kepakaran kita, bukankah ianya satu pilihan yang lebih baik :)

    Tetapi bekerja sendiri bukanlah perkara yang mudah. Jika mudah semua orang pun nak jadi bos :)

    Bersedia hadapi cabaran untuk maju kehadapan.

    BalasPadam

Terima Kasih :D