+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 16 Ogos 2015

The Untold Story About Mek Part 1

10:04:00 PG

Share it Please
tersepak dl google td..

This is the untold story about my mom, she is the great women, and i wish my future wife also be like her..

The story begin..

Suatu hari, ketika aku pulang dari mencari ikan di bendang, badan aku penuh dengan lumpur. Aku masuk ke dalam rumah dengan kaki yg berlumpur, lalu dimarahi oleh mek aku. Mek tarik tangan aku dan mandikan aku dgan air telaga. Tangannya digosokkan di seluruh badan aku sambil mulutnya tak berhenti membebel yg satu pun tak masuk dalam telinga aku. Pada keesokan harinya, aku masih pulang ke rumah dengan badan yg berlumpur dan secucuk ikan di tangan. Perkara yg sama jugak mek aku buat pada aku.. Hahaha.. such a degil boy la..

Tapi sekarang, apa yg aku cakap banyak sakitkan hati orang lain. Banyak tingkah laku aku, orang tak suka. Tambahan pulak, dengan kerja aku sbagai agent COWAY & UNICO. Dengar sahaja MLM, ramai yg menyampah. But, its ok for me.. Apa yg aku pikir laa ni, siapa pulak yang akan menegur aku, jika aku tersasul dalam cakap aku? Siapa yg akan betulkan aku kalau silap dalam langkah aku?

miss my mom..

Setiap malam, aku biasanya pulang lewat malam. Aku banyak habiskan masa dengan kawan2, lepak2 sembang2 smpai 2@3 pg. Biasanya Mek akan bangun dan akan membuka pintu. Adakalanya dia membiarkan pintu tidak berkunci dan Mek akan tidor di ruang tamu. Bila aku buka pintu ja, pasti Mek akan tersedar, "Baru balik mung, maso ni ? Gi mano lewat sangat balik ni? " ayat inilah yg selalu kluar di mulut Mek.

Tapi sekarang ini, tiada sesiapa yg nak larang aku, tanya aku kemana aku pergi sampai lewat malam baru balik.? Aku rindukan suara teguran Mek aku, Tinggal sesorang di rumah sewa, ada hosmate seperti tak ada hosmate. Semua busy dengan hal masing2, nak duduk sekali? makan sama-sama? memang tak pernah la. Inilah dunia kota Mek. 

miss u so much mek..

Ketika kecil aku selalu mengikut Mek pergi ke bendang padi. Dialah yg mengajar aku, macam mana nak tanam padi, dari tabur benih padi, sampai la terhasilnya beras. Semua Mek tunjukkan satu persatu. Mek aku cukup kuat, pagi dia membongkokkan diri utk semai anak benih padi, petangnya dia mengayang tikar mengkuang. Sampai je musim menuai padi, Mek temankan Ayah, memukul pokok padi untuk dapatkan padi (aku tak pandai nak buat ayat ni, arap korang paham la). Biasa la, dulu mana ada mesin menuai padi. Semua buat sendiri pakai tangan.

Tapi sekarang ini, what i need to do Mek? Semua benda aku tak pandai, aku kena belajar sendiri, kenal sendiri masalah aku, selesaikan sendiri masalah aku, urus sendiri hidup aku. Tiada sesiapa lagi yg nak tunjukkan pada aku, ajar aku cara untuk buat semua ini. Tengok Mek sekarang, anak Mek ini, boleh survive di KL.

bersambung...

#maaf x dapat nak teruskan, mata masuk habuk..

4 comments:

  1. mata masuk habuk..
    Sejak tinggal berjauhan dari mak dan ayah, dah lama tak dengar mak bebel2 manja macam dulu.. sobsobsob..

    BalasPadam
  2. Bersyukur sgt2 pada ALLAH S.W.T...duduk berhampiran rumah mak...dpt tgk mak setiap hari...dapat borak2 dgn mak pagi petang siang malam...

    BalasPadam

Terima Kasih :D