+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 1 Julai 2015

Tip-Tip Mengawal Diri Apabila Pecah Hati @ Sakit Hati Dengan Seseorang

1:13:00 PTG

Share it Please

Ini adalah entry sambungan daripada yg sebelum ini. Rujuk sini terlebih dahulu sebelum baca entry ini.

Disaat kita rasa pecah hati atau sakit hati dengan sahabat kita maka ingatlah dua perkara. Yang pertama, ingatlah KEBAIKAN orang lain buat pada diri kita. Mungkin korang tertanya-tanya tiada kebaikan yang diberikannya kepada kita. 
"Jangan begitu."
Cuba kita ingat baik-baik. Walaupun dia tak pernah bagi kita duit atau perkara bentuk nilai dunia tapi kita ingatlah mungkin dia pernah senyum kepada kita. Ini pun merupakan kebaikan. Kalau kita ni seorang anak yang soleh, maka banyak perkara kita kena ingat jasa ibubapa kita; Jika ada adik-beradik maka ingatlah kebaikan mereka; Kalau kita ni pelajar maka ingatlah juga penat lelah pensyarah atau guru yang selalu dok bagi ilmu kat kita; Kalau kita ni suami maka ingatlah kebaikan isteri; Jika kita bersahabat @ berkawan, ingatlah saat2 bersama dengan mereka hatta perkara yang sekecil-kecil pun.

Yang kedua ingatlah lagi KEJAHATAN kita yg kita buat pada orang lain.
 “Arghh aku tak pernah buat jahat kat orang, aku baik, aku tak kacau orang”. 
Jangan tipu r, manusia ni tak sempurna, kita pasti ada buat salah silap. Tak semestinya kita buat jahat seperti tendang orang, ludah kat muka orang, mencuri barang orang lain dan sebagainya tetapi cuba kita ingat sekecil-kecil kejahatan iaitu dalam hati kita seperti kita pernah buruk sangka pada sahabat kita atau kita pernah berdengki dengan sahabat kita. Lagi kejahatan yang biasa dibuat oleh kita antaranya kita pernah bermasam muka pada sahabat kita, kita pernah umpat dia, kita pernah mempamerkan makanan sedap kat sahabat kita tanpa diajak sekali makan, kita pernah sengaja kentut depan sahabat kita, kita pernah sengaja bergurau tak senonoh sehingga menyebabkan kawan sakit hati, dan banyaklah lagi lah yang mana kalau aku dan korang fikir memang ada kebenarannya.

Untuk ingat 2 perkara di atas, kita kena lupakan 2 perkara ini. Yang pertama kita kena lupakan KEBAIKAN kita buat pada orang lain. Ni adalah satu cara agar kita mendapat pahala pemberian yang ikhlas dan ketenangan hati iaitu tanpa kita mengungkit pemberian yang kita telah berikan pada orang lain. Lagipun perkara mengungkit pemberian adalah dilarang kerana kalau didengar oleh yang diberi akan merasa tidak selesa atau disakiti. Terkadang kalu yang diberi dan ditolong itu lupa mengucapkan terima kasihnya kepada pemberi, maka orang itu dicela pula. Orang yang bersifat seperti ini semua amalnya tidak akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. (boleh rujuk dalil surah al-Baqarah: 262 dan 264)

Yang kedua lupakanlah KEJAHATAN orang lain yang pernah buat pada kita. Perkara ni lah yg merisaukan aku kerana ramai orang yang putus silaturrahim kerana masing-masing dok ingat lagi kejahatan saudaranya yang telah dilakukan. Senang cakap, masih mempunyai sifat mazmumah iaitu antaranya tidak suka memaafkan orang lain dan berdendam. Dendam kalu dalam bahasa Arab disebut hiqd. Ini penyakit hati namanya. Orang yang berdendam ni diibaratkan seperti api dalam sakam. Di luar tidak sedikit pun apinya kelihatan tetapi di dalamnya berbahang dan berkobar. Kita sebagai orang Islam yang ingin hidup dihiasi dengan ketaatan kepada Allah dan hendaklah selalu mengambil sikap suka memaafkan orang lain.

Firman Allah s.w.t: “Dan kalau kamu maafkan, kemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa” (Surah al-Baqarah: 237)

Sumber : Daripada Bayan Magrib di Masjid yg aku tak ingat dah nama dia. Di Daerah Mirzapur, Utterpradesh, India

1 comments:

Terima Kasih :D