Cerita Aku Tentang Malfuzat Elders

Julai 27, 2015

Hadratji Maulana In'amul-Hassan rah.a. pernah berkata:
"Apa itu istikhlas? Satu kerja (saja) ialah dakwah yang kita ada. Kita hanya akan melakukan kerja itu sahaja.Kita tidak akan buat kerja lain. Tetapi usaha agama yg lain juga berjalan. JANGAN KITA MEMANDANG RINGAN AKAN MEREKA. Juga jangan kita mengkritik akan mereka yang membuat usaha lain dan jangan kita mencari kelemahan mereka." 
(Dirujuk dari buku Malfuzat Hadratji Maulana In'amul Hassan, m.s. 22)

Kehidupan aku sebagai seorang karkun @ erti kata lain "tabligh" yg masyarakat selalu panggil aku dgan gelaran tersebut. Ramai yg benci, hina dan pandang lekeh pada aku bilamana aku bgtau aku ini tabligh. Masa pergi meminang bakal isteri aku mggu lepas. Aku bgtau la kat bakal bapak mertua aku, yg aku ini tabligh. Terus dia balas dgn jwapan yg panas. " Aku paling tak suka org tabligh". Fuhh.. #sentap di stu. Tapi aku tak ksah pun, sbb aku bukan nak khwin dgn dia. Aku nak kahwin dgan anak dia.

That my job.. Jikalau sesiapa tanya apa kerja aku, aku bgtau kerja dakwah. Malu itu biasa nak mengakui sesuatu yg aku sendiri tak layak utk digelar. Budak jahat, mulut cam haroomm, perangai tak sama ustaz. Itulah aku, masih nak belajar2 utk jadi baik. 

Ramai ja kawan2 aku yg join usrah, pas, ikram, asma & what ever la yg seangkatan dgan nya, lebih baik dari aku yg buat usaha agama. So, aku tak boleh la nak perlekehkan usaha diaorang. Biarkan mereka dgan usaha mereka utk ajak orang lain dekat pada Allah, dan aku dengan usaha aku di bawah payung Masjid Sri Petaling. For me, aku lebih suka dgan cara macam ni, keluar di jalan Allah utk baiki diri aku. Korang pulak, macam mana? Apa cara korang utk dekat pada Allah?

4 ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.