+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 17 Mac 2015

Apalah Jawapan Yang Aku Nak Beri Diakhirat Kelak?

12:30:00 PTG

Share it Please

Hidup kita ni antara 2 sahaja, untuk dunia atau untuk akhirat. Jika kita tidak habiskan masa untuk akhirat, kita akan habiskan masa untuk dunia. Begitu juga pengorbanan, susah payah, kesedihan, kegembiraan, jika tidak kerana akhirat, kita hanya akan disibukkan kerana dunia..

Kalau kita sibukkan diri dengan urusan dunia, memang lah dunia kita akan jadi lebih baik, isteri lagi cantik, rumah lagi besar, kereta lebih mewah, mak ayah gembira, dapat travel jauh2, tapi adakah ada bahagian untuk kita diakhirat kelak? Cuba kita imbas kembali, selama ini saya banyak bersusah payah untuk apa? bagaimana akhirat saya, bagaimana iman saya, amal saya, pengorbanan saya, agama saya???

Jika kita tidak membuat pilihan, keputusan dan perancang, lihatlah nanti, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, dimana kita? Di kala sahabat2 kita sudah maju dari segi membuat pengorbanan untuk agama, timbul keghairahan, cinta pada agama, dimana kita? Adakah masih di takuk yang lama, salah faham terhadap agama, ditipu oleh dunia, terus mengejar harta benda, atau pun sudah berada di alam kubur bersama penyesalan yang tiada guna. 

Aku takut Allah tidak pilih kita lagi untuk buat usaha agama hingga akhir hayat, dan pada saat itu pun, kita masih memberi alasan, saya kena hantar cucu saya pergi sekolah, saya dah nak mati dah, tak mampu nak keluar di jalan Allah, duit saya dah habis digunakan untuk bina mahligai dunia, moga Allah jauhkan kita dari semua ini..

Moga Allah pilih kita menjadi salah seorang dari mereka yang bertebaran di muka bumi ini semata2 kerana agama..