+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 20 Mac 2015

Anak Kecil Menangis

11:22:00 PG

Share it Please


Terkenang sewaktu di Mirzapur dalam daerah Utterpradesh, India. Sebuah perkampungan yang agak mundur dari segi cara hidup dan masyarakatnya. Pada satu malam, selesai solat Isyak di sebuah masjid di perkampungan itu, ahli jemaah masing-masing bangun untuk menunaikan solat sunat rawatib. Rata-rata penduduk muslim di India yang bermazhabkan Hanafi akan menunaikan solat sunat sebanyak 4 rakaat selepas solat fardhu Isyak. Subhanallah.

Aku lihat ada seorang kanak-kanak yang umurnya lebih kurang 10 tahun juga turut melakukan solat sunat sebanyak 4 rakaat berhampiran denganku. Setelah selesai solat sunat, anak kecil ini menadah tangan dan berdoa. Apa yang mengagumkan diriku, anak muda ini berdoa dalam keadaan merengek-rengek menangis bagaikan seorang anak yang terlalu inginkan sesuatu daripada ayahnya. Jarang aku bertemu seorang anak kecil yang bersungguh dalam berdoa bagaikan dirinya sudah dipertanggungjawabkan dengan dosa dan pahala. 

Sesungguhnya anak kecil ini mengikut apa yang disabdakan oleh hadis Nabi S.A.W yang mana Nabi menyuruh kita menangis ketika meminta daripada Allah SWT. Kalau tidak dapat menangis, Nabi suruh kita buat-buat menangis. Melihat kepada kesungguhan anak kecil ini, aku berasa sangat malu dan hinanya diri ini sebagai hamba Allah yang bergelumang dengan dosa tetapi amat susah menangis di dalam doanya berbanding anak kecil tadi yang suci tanpa dosa. Mungkin kerana hati ini keras dengan fitnah dunia.

Teringat nasihat orang alim berkaitan doa, 

"Jika dirimu tidak mampu menangis ketika berdoa, maka menangislah kerana dirimu tidak mampu menangis ketika berdoa".

2 comments:

  1. Terasa kerdilnya diri ini membaca entri ni :(

    BalasPadam
  2. dah mengembara sampai ke India?? mesti seronok kan...bila la aku plak dpt pegi..

    BalasPadam

Terima Kasih :D