+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 28 Mac 2014

Perancangan Terbaik Telah Ditetapkan..

10:29:00 PG

Share it Please

Perancangan satu benda yang kita selalu rancang dan kita jangkakan benda itu akan berlaku. Kita juga mahu benda yang kita rancang itu akan berlaku. Tapi tidak semua perancangan itu akan berlaku. Ayat yang biasa kita dengar dari orang-orang tua, "Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan".. Kerana inilah, apa yang kita rancang tak semestinya akan berlaku. Kerana Allah adalah sebaik-baik perancang, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita dan semua makhluk ciptaannya.

"Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui"

Tetiba lagu zaiton sameon terkial-kial di telinga, teringat tentang ujian sepanjang perjalanan hidup ini menjadi seorang manusia. Dari kecil sampai besar, dugaan, ujian, kesakitan, kesedihan dan kegembiraan yang di alami banyak mengajar aku erti hidup untuk menjadi lebih dewasa. 

Banyak benda yang aku rancang, dan banyak jugak tidak menjadi.  Tapi Allah telah buat yang terbaik untuk aku. Belajarlah untuk sangka baik pada Allah, walaupun kita hidup dalam keadaan susah, miskin, banyak dosa buat maksiat. Kerana Allah itu Maha Adil. 

6 comments:

  1. Semakin tinggi iman seseorang semakin kuat ujian diberikan. Bila ujian diberi itu tanda Allah nampak kita. Teruskan langkah mencari yg terbaik dicelah-celah kebaikan yg masih banyak. Tinggalkan godaan syaitan satu-satu-satu hingga akhirnya ada cahaya indah di akhirnya. Insya-Allah. Kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak.. sy stuju.. kadang2 org cuma nmpak bintik hitam di atas kain yg putih.. tapi mereka tak nampak luas putih d kain itu..

      Padam
  2. Dah lama x dtg sini. Dah jrg update ek? Perancangan Allah tu yg terbaik.

    BalasPadam
  3. jarang tekan keybord skrg ni.. sbb tu jrg update entry..

    BalasPadam
  4. salam...singgah jenguk kawan lama sat...

    wow...dah bertukar rupa dah wajah blog...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah da berubah ke arah kebaikan..betul setiap yg kte lalui ni da tertulis dan ditakdirkan Allah..same mcm saya mula2 xdpt nk terima tp lama kelamaan redha dengan apa yang berlaku...

    BalasPadam

Terima Kasih :D