+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 27 Februari 2014

Pasport Untuk Keluar Di Jalan Allah

7:06:00 PTG

Share it Please

Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan tak berapa sihat hari ini. Allah masih bagi kekuatan untuk aku pergi buat pasport di KDN Kangar tadi. Ini semua adalah untuk aku khuruj d jalan Allah lepas aku habis belajar nanti. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah aku akan keluar di Jalan Allah bulan 7 ni. Tapi sekarang ini, hati aku masih berbelah bagi lagi untuk keluar ke tak? Aku masih confius lagi. 

Tok aku, marahkan aku. Dia tak bagi aku keluar, dia suruh aku pergi Majlis Konvo U. Mak aku pulak, dia bagi aku keluar, cuma dia nak tengok aku konvo. Sebab mak tak pernah lagi pergi majlis konvo anak sendiri. Lepas dia tahu tok aku marahkan aku dan tak bagi aku keluar di Jalan Allah, mak pun jadi makin berat ja nak lepaskan aku keluar. Aku makin confius, antara nak keluar ke tak?

Kalau aku tak keluar masa ni, untuk belajar agama. Bila lagi aku akan keluar.? 
Lepas aku kerja? Pasti aku akan sibuk dengan kerja aku. Susah nak dapat cuti untuk keluar 4 bulan.
Lepas aku kahwin? Pasti aku akana sibuk dengan urusan rumah tangga, anak dan isteri.
Lepas aku pencen? Aku pun x pasti aku boleh hidup untuk hari esok.

Oh Allah.. Help me..

4 comments:

  1. istikharah.
    inshaaAllah DIA punya jawapan,

    BalasPadam
  2. InsyaAllah.. akan dibuat bila smpai masanya

    BalasPadam
  3. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    BalasPadam
  4. Semoga berjaya tuan. Saya syor mesyuarat dengan markas.

    Saya pon cadang lepas grade 2016 nak keluar khuruj IPB takpon nak pergi daulah kat Tarim, Yaman dalam 40 hari belajar ilmu agama dengan habib-habib kat sana. Tapi memang tak dapat pergilah majlis konvokesyen unimap nanti.

    BalasPadam

Terima Kasih :D