Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Bin Hanbal Menangis.

November 09, 2013
Sekadar perkongsian. Waktu tengah sibuk layan video youtube, aku terjumpa satu video yg dipost oleh seseorang. Bila jumpa video yg macam best je, macam sedih je, aku pun terus download. Video tu tajuk dia sama macam tajuk entry ni. Sebab tak ingat mana aku jumpa video tu, aku pun menaip balik isi-isi dalam video tu. Sekadar perkongsian dan muhasabah diri kita semua.
Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) menangis apabila mendengar 2 bait pertama syair ini. Moga ia juga menjadi menjadi momentum ke arah muhasabah dan perubahan diri kita semua.

InsyaAllah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika Tuhanku bertanya padaku..
"Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa."
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yg malang?
dan siapalah yg dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
dari semasa ke semasa.
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan.
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..

Seakan mati tidak akan menemuiku.
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yg ngeri.
Nah! Siapa yg mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yg akan menebusku?

Akan ku disoal,
"Apa yg telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?"
Maka bagaimana akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku!
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yg menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari Ad-deen (qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang dan bertaubat
Siapa yg dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yg Maha Luas PengampunanNya dan
yg membimbingku pada kebenaran..

Aku telah datang pada Mu, maka
kasihanilah daku dan beratkan timbangan kebaikan ku..
Dan ringankan (percepatkan) hisabku
kerana Engkaulah yg terbaik dalam penghisaban.

8 ulasan:

  1. T_T sedangkan org yg tak putus beribadat pun menangis.. Kita?

    BalasPadam
  2. Moga kita tak terkeluar dari landasanNYA.

    BalasPadam
  3. org beriman bergetar hatinya bila dengar/sebut nama Allah... sekarang ni berapa ramai yg rasa macam tu...? takut...

    BalasPadam
  4. Fattah ikut tabliqh ka???

    BalasPadam
  5. semoga kita tergolong dikalangan mereka yg menangis keranaNya...salam ukhwah ..

    BalasPadam
  6. السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
    Minta maaf,, klo ada yg punya link video ini tlg share dong,, Pin bb saya 2624E3A6. Terima kasih ya sbelum'a..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.