Kunang-kunang Ciptaan Allah Yang Hebat

Oktober 07, 2013

Aku tetiba risau melihat keadaan ‘kalkatu’ yang berjalan-jalan tengah malam. Di kampus atau luar kampus. Aku teringat satu ayat yang aku baca dalam satu blog yang sudah lama tidak berupdated. kalau tidak silap katanya, "Kita patut fikir risau tengok keadaan sekarang yang mana perempuan-perempuan suka sangat keluar pada waktu malam tanpa mahramnya” Sambungannya “Perempuan yang keluar malam ni ibarat kalkatu yang pada mulanya ada sayap dan akhirnya melepaskan sayapnya” Mungkin korang tak faham apa aku cakap dan aku malas explain panjang-panjang kerana takut aku mengeluarkan fatwa pulak. Aku ni bukanlah ulama, tapi cuma membentuk fikir risau kita semua. Yang ada kuliah atau ada sebab yang mustahak pada waktu malam tu kira ok lah. Yang aku risau ialah golongan couple yang merayap malam-malam dengan keadaan pakaian yang 'tidak cukup kain' !  Tergugat iman aku sebagai lelaki melihat mereka semua ni. Uhukk.. sedih.

Sama-samalah kita fikir kenape perempuan yang keluar malam tu dikatakan kalkatu.? Apa-apapun disini aku nak lebih menceritakan tentang kehebatan ciptaan Allah s.w.t. Daripada kalkatu kita beralih kepada Kunang-Kunang yang begitu indah dan cantik pada waktu malam. Kunang-kunang ni ibarat pelita yang menerangi kegelapan malam. Begitulah iman kita. Jika dulu zaman jahiliah dikatakan zaman kegelapan yang mana keadaan masyarakat ketika itu akhlaknya sangat teruk termasuklah menanam anak hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak dan banyak lagilah. Dipendekkan cerita, hasil usaha Nabi s.a.w buat dakwah iman ke atas masyarakat pada ketika itu maka daripada zaman jahiliah bertukar menjadi zaman kegemilangan Islam. Begitulah apabila manusia memiliki iman maka segala yang batil akan lenyap.

Walaubagaimanapun, marilah sama-sama kita fikirkan kehebatan Allah s.w.t pada kunang-kunang yang manusia jarang sekali untuk berfikir tentang kehebatan Allah s.w.t melalui ciptaanNya. Sebenarnya, kecanggihan dan kehebatan teknologi cahaya pada kunang-kunang (kelip-kelip) masih tidak dapat ditandingi hingga ke hari ini. Lampu yang dihasilkan oleh kunang-kunang amat efisyen dan optimum, iaitu 98% tenaga cahaya dan hanya 2% tenaga haba. Sebaliknya lampu ciptaan manusia hanya mengeluarkan kira-kira 5% tenaga cahaya dan selebihnya 95% tenaga haba yang dibazirkan. Lampu pada kunang-kunang juga tidak menjadi panas sebaliknya tetap berkeadaan sejuk.

Siapakah yang telah mencipta kunang-kunang dengan teknologi canggih sedangkan pada ketika itu manusia masih meraba didalam kegelapan dan kepekatan malam. Siapakah pula yang telah mencipta kehebatan unta lalu diambil manafaat oleh manusia bagi menghasilkan volkswagen, kehebatan pepatung bagi menghasilkan helikopter, kehebatan burung buat mengilhamkan kapalterbang dan sebagainya.

Apakah semuanya hanya sekadar hasilan dari teori evolusi Darwin dan berbagai teori evolusi yang lain ? Jawabnya, tidak logik ! Kecanggihan teknologi cahaya kurang-kunang mematahkan teori evolusi Darwin dan mengesahkan kewujudan Allah yang Maha Mencipta kunang-kunang tersebut. Allah Maha Besar.

P/s: Mungkin korang tertanya kenapa perempuan yang keluar malam seperti kalkatu. Sama-sama kita fikirkan terlebih dahulu. Apa-apapun, jom kita contohi kunang-kunang yang menerangi kegelapan. (menjadi umat yang terbaik iaitu amar ma'ruf nahi mungkar)

rujukan: Sini dan Sini

17 ulasan:

  1. Tidak kiralah keluar malam atau siang buat wanita kenalah tahu dimana batas-batasnya. Kalau yg terpaksa bertugas malam pun kita tak dapat nak elak. Namun kekuatan iman kena ada. Jaga maruah diri jgn mudah dipertontonkan. Sayangilah diri sendiri... Carilah bahagia bukan utk dunia saya tapi akhirat yg kekal abadi.. jgn jadi macam kelkatu tapi jadilah macam kunang-kunang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak.. Syangnya, kawan perempuan sy kata sy sombong bila tak bg salam pd mereka.. Pening kepala dibuatnya..

      Padam
    2. Kawan perempuan awk tak faham lagi apa yg dia patut faham tu.

      Padam
    3. mereka dah biasa dgn hdup skrang ni.. shingga sudah lupa batas2 dlm agama..

      Padam
  2. Setuju dgn kakak zakie...yang penting tahu batasnya....

    BalasPadam
  3. Jagalah batasan hidup....jaga lah maruah wahai kaum hawa ....salam kenal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal.. yup.. batas2 pergaulan kita kena jaga.. barulah slamat dr azab Allah

      Padam
  4. hmm..setuju jgk dgn kakzakie..yg penting kena tahu jaga diri n maruah..batasan tu perlu ada..Islam itu Indah kan :)

    BalasPadam
  5. tundukkan pandangan.. tertengok sekali tu rezeki.. tengok kali kedua berdosa.. :D

    BalasPadam
  6. sedihnyalah kalau ada kawan2 yg tak faham tu kan.. maknanya mereka tu cetek ilmu agamalah.. bila kurg ilmu semua pun anggap perkara biasa... zaman skrg mmg ramai sgt perempuan keluar malam tanpa tujuan ni...

    BalasPadam
  7. huhu...culture shock kot!
    belakang org tua semua jadi lain...semoga kita terjauh dari kelalaian...aminn

    BalasPadam
  8. Fattah dah faham, so kenalah bagi faham pula pada yang faham, tanggungjawab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. sy bru blajaq2 buat kerja agama ni..

      Padam
  9. assalamualaikum zul....susah kalau ada yg mcm ni harap kita sebagai perempuan ni pandai jga adap sopan dan harga diri...:)

    BalasPadam
  10. perempuan keluar malam macam kekatu.. yang pasangan dia tu ibarat apa pula? hehe..tikus boleh? haha

    BalasPadam
  11. nasib baik ada mak ayah yang sentiasa menjaga pergaulan anaknya ni.. thank mak ayah! xdela dianggap sebagai kekatu.. insyaAllah.. hee

    BalasPadam
  12. moga dijauhkan dr mnjadi kelkatu..Amin..

    ms akk keck2 dulu, ade gak terjumpa kelip2..tp skrg ni xpnh terserempak lngsung..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.