+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 4 Oktober 2013

Jangan Risau Tapi Bersyukurlah

8:18:00 PG

Share it Please

Sekarang ni, manusia banyak bercakap sia-saia. Benda yang dicakap itu tidak mampu untuk mengubah benda yang sudah berlaku. Jadi cakap kita sekarang ini, lebih kepada keluhan, rintihan, sehinggakan terjadinya mengumpat dan menfitnah. Tak pasal-pasal kita semua dapat dosa free.

Jangan risau perkara yang kita tak boleh buat apa-apa. TAPI, cuba beri tumpuan pada perkara yang boleh kita buat.

Contohnya:

Jangan risau pasal harga petrol naik. TAPI, cuba lakukan untuk jimat guna petrol. Dulu drive laju, ubah drive secara berhemah. Kalau dulu seorang drive kereta kita ubah dengan kongsi kereta. So, takdelah stress..

Jangan risau dengan harga rokok yang semakin mahal. TAPI, cubalah kurangkan hisap rokok. Kalau dulu, sekotak untuk satu hari, ubah kepada sekotak untuk seminggau. Kalau dulu hisap rokok sendiri, cuba ubah dengan paw rokok kawan.. Senang cerita behenti je terus dari hisap rokok tu. So, takdelah stress

Jangan risau solat kita diterima Allah SWT atau tidak. TAPI, kita tunaikan solat yang terbaik seperti Rasulullah SAW. Kalau dulu solat bersendirian, ubah solat secara berjemaah. Dulu solat lewat, ubah solat di awal waktu selepas azan. So, takdelah stress.

Jangan risau tentang siapa jodoh kita. TAPI, kita cuba yang terbaik. Kalau dulu kenal dia seorang, ubah kepada  kenal keluarganya. Kalau dulu jumpa dia seorang, ubah jumpa kelurganya sekali. Dulu mahu berkawan, ubah mahu berumahtangga bersamanya. So, takdelah stress..

Moral of the story here is, jangan letakkan risau kita pada dunia. TAPI letaklah risau kita pada akhirat. Kerana di sana kita belum ada jaminan untuk selamat dari azab api NERAKA Allah. Semoga Allah jauhkan kita semua dari azab api NERAKA Allah.

18 comments:

  1. aamin...alhamdulillah...bagus inti pati ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tima kasih.. penringatan utk diri sndiri sbnarnya.

      Padam
  2. Assalamualaikum Zul

    ada pengajaran
    terima kasih

    BalasPadam
  3. perlu sentiasa memperbaiki diri..

    BalasPadam
  4. suka sgt entri ni... ada pengajaran yg boleh digunapakai... ;)

    BalasPadam
  5. Betul tu. Asyik dok memikir kenapa doa tak makbul contohnyalah tapi sebenarnya tak sedar ibadah tidak secantik mana. Kalau doa setakat setiap habis solat 5 waktu mana nak sama mereka yg bertungkus-lumus beribadah hingga sanggup meninggalkan tilam/bantal waktu dinihari. Sanggup tinggalkan keluarga demi menyampaikan syari'at...

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang masih tak nmpak kak. Kalau mereka fikir sdikit je, pasti Allah akan buka jln hidayat.

      Padam
  6. TERBAIK.. YANG PENTING HATI MAU SUCI..:)

    BalasPadam
  7. hmm..betul tu dik..manusia ni banyak sangat berfikir tentang kemungkinan..sbb tu mudah stress..apapun redha n tawakkal..in shaa Allah hati pasti tenang :)

    BalasPadam
  8. Betul tu Zul Fatah, berubahlah benda yg dibawah kawalan kita boleh ubah..

    BalasPadam
  9. lama tak sggah sini...cara penulisan dah lain...nice entry nway...
    jom belajar mensyukuri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. makin dewasa.. klau tngok entry lama.. malu pun ada, nak gelak pun ada..

      Padam
  10. Tq Fatah..ats peringatan..krgkn bercakap , tingakatkan produktiviti .. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. tima kasih.. utk peringatan bersama..

      Padam
  11. haaaahhhhh... tenang hati baca entri ni. hewhewhew. >__<

    BalasPadam

Terima Kasih :D