Amal Yang Tertinggal

Julai 09, 2013

Ramadan semakin hampir tapi amal semakin lemah. Semenjak hidup sebagai orang awan hidup aku makin berubah, banyak amal-amal tertinggal. Tambahan pulak sekrang ini tubuh tidak berapa sihat. Lutut masih sakit akibat kecederaan lama dan deman selsema masih belum surut-surut lagi. 

Zikir pagi dan petang, israk dan dhuha, ba'diah dan qa'bliah, Al-Mulk dan Sejadah, Taubat, Hajat, Tahajjut dan Witir semakin hari semakin berat untuk dibuat. Oh Allah!! Ujian apa ini? Tanpa amal-amal ini, aku bukan apa-apa pun di sisi Engkau. Bagilah balik semangat, kekuatan untuk aku buat amal balik.

Engaku tidak rasa bersalah ke Fattah...
>Tidak sebut nama Tuhan mu dalam hari-hari mu?
>Tidak sujud taubat atas dosa-dosa dalam harian mu?
>Tidak menitiskan air mata dalam tahajjudmu?
>Tidak sempat untuk baca qalam Tuhan mu?

Sungguh hati aku sudah telah lama menjadi bangkai, Sehinggakan pekerjaan dunia lebih aku utamakan, lantas akhirat ku keciciran. Benarlah syurga itu terlalu mahal dan diciptakan untuk orang-orang yang bersusah payah bermujahadah ,tidak akan kamu gapai hanya dengan angan2 kosongmu.

Aku takut Engkau cabut usaha ini dari aku, dan aku takut Engkau Cabut iman dalam dada aku. Aku tengah down sekarang ini, tapi tiada sesiapa pun disisi aku Oh Allah. Tolong aku Allah, sempena Ramadhan ini Engkau masukkanlah roh Ramadan ke dalam diri aku. Supaya aku dapat balik semangat dan kekuatan untuk aku buat amal di bulan Ramadan ini. Amin...

4 ulasan:

  1. semoga Ramadhan ini membawa lebih makna kpd kita semua.. amin

    BalasPadam
  2. tiada sesiapa itu tidak mengapa..
    Allah itu sudah lebih dari cukup..~ =)

    smoga dikurniakan kekuatan jiwa luar biasa utk mengharungi segalanya..

    salam ramadhan~

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum..
    Akhirnya dapat jugak bw blog ni. Salam Ramadhan NAL ucapkan.

    BalasPadam
  4. Selamat beramal di bulan yg mulia ini sahabatku... semoga fattah pun dapat beribu2 kebaikn pd tahun ini.. insyaallah..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.