+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 30 Julai 2013

Adab-Adab Mendengar Azan

8:58:00 PG

Share it Please


Azan merupakan panggilan atau seruan yang biasa didengar oleh setiap muslim yang ingin melakukan Solat, Azan merupakan salah satu syiar agama Islam yang paling agung, yang berfungsi memberitahukan datangnya waktu solat fardhu. Diriwayatkan dalam sebuah hadis yg bermaksud lebih kurang:

  "Hendaklah seseorang itu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai seorang yg beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Menghormati azan banyak fadhilat (kelebihan) sebenarnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Aku takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah" yang mana, sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya hampir dicabut. Allah swt telah menjanjikan Syurga untuk mereka. Oleh itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan memohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

Adab-adab lain semasa mendengar azan ialah:
  1. Menjawab Azan <-- kalau tak tahu, ikut je suara muazin
  2. Selawat untuk Nabi Muhammad saw <-- selawat dulu baru doa
  3. Berdoa setelah azan
  4. Berdoa diantara Azan dan Iqamah <-- antara waktu doa yg makbul
  5. Tidak meninggalkan masjid setelah azan  <-- kecuali ada urusan yg penting
"O' Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah" semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin."

8 comments:

  1. Satu adab yg begitu mudah utk diikut dan mendapat manfaat utk diri sendiri juga.

    Kalau di Mekah dengar aje azan di masjidilharam bukan aje semua diam/menjawab seruan, kedai-kedai yg berjual-beli pun turut tidak ada transaksi dgn pelanggan utk seketika...

    BalasPadam
  2. bagus sangat perkongsian ilmu ni, terima kasih :)

    BalasPadam
  3. azan ni macam tak ada kesan dah sekarang ni sebab solat pun entah ke mana.. haha

    BalasPadam
  4. selalu pesan dengan anak murid tetapi budak selalu lupa

    BalasPadam
  5. dulu ada dengar, masa azan jgn baring. nanti mayat berat.. tak tau la betul ke tidak..

    BalasPadam
  6. Semudah ini pun selalu juga kita insan yg lalai ini terlupa..hanya diamkan diri utk tidak lebih dari 10 minit pun terlalai...Allah ampun kan kami yg sering menzalimi diri kami sendiri...Tq atas perkongsian yg sungguh berguna...

    BalasPadam

Terima Kasih :D