+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 6 Jun 2013

Stand Up Freind..

6:44:00 PTG

Share it Please

"Stand up right away! And don't act like you're about to die! This isn't like you! Even if there are billows of smoke, we can still see the sky. We can still see the ocean. It ain't like it's hell here! Don't act like you are about to die!"


Kita diberi rasa untuk merasa. Di beri hati untuk dihargai. Diberi masa untuk menunggu. Diberi akal untuk berfikir. Diberi perasaan untuk dikasihi. Terlalu banyak untuk diberi sehinggakan kadang kala tidak dapat membezakan mana kaca mana berlian. 

Tidak aku sangka hujan pada malam itu membawa khabar duka dari selatan tanah air. Aku sedih bila mengenangkan seorang kawan baik menderita akibat ditinggalkan. Setahun bersama, tiba tiba kekasih hati beralih arah kepada The Past. Itulah kenyataan yang perlu ditelan sekarang. Dia bakal lalui hari hari sukar berkeseorangan tanpa si dia disisi. 

Terlalu kejam cinta ini. Terlalu kejam kepada seorang pemain cinta yang ikhlas mencintai si jantung hati. Akhirnya dia kecundang. Entah apa silapnya apabila sang lelaki mula serius dengan si dia tetapi si dia pula yang merosakkan segalanya.

Selama setahun kasih disemai. Rasa cinta dan sayang berputik mekar di dalam taman hati dan akhirnya cintanya pergi begitu sahaja. Jangan sedih kawan. Menangislah, menangislah sehingga titisan yang penghabisan kerana selepas itu kau akan bangun balik. Bangun dari kesedihan ini. 

Maaf kawan, aku tak mampu berada dekat dengan kau untuk menenangkan kau dan mendengar segala cerita sedih kau. Aku tahu perasaan yang kau lalui ketika ini. 

6 comments:

  1. Ada hikmah setiap yang berlaku ! . :)

    BalasPadam
  2. walau apa pun mmg kena & perlu kuat!

    BalasPadam
  3. zul fattah...bole tak ku nak mintak no ko?

    BalasPadam
  4. ak pernah rasa jugak zul,pesan pada sahabat tu moga hatinya kuat..tabahkan hati jangan terbawa dengan emosi,sibukkan diri moga tenang rasa nanti..:)

    BalasPadam
  5. InsyaAllah ..akn hadir yg lbh baik untuknya nnt..

    BalasPadam
  6. Salam ziarah...

    anda telah ditagged disini

    http://bloggeralif.blogspot.com/2013/07/selamat-menyambut-ramadhan-1434h.html

    BalasPadam

Terima Kasih :D