+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 9 Mei 2013

Hadiah Terbaik Kepada Musuh

6:50:00 PTG

Share it Please

"KEMAAFAN"

Walau macam mana sukar sekali pun, kita wajib memaafkan seseorang yang melukakan hati kita. Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk "musuh" tetapi buat hati kita sendiri.. Kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang akan lebih menyeksa diri kita sendiri daripada orang yang kita marah dan benci. Kebencianitu hanya akan mengundang hasad, dendam dan iri hati, ini sudah cukup menjadi 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meletup di dalam diri kita..

Untuk mendapat ketenangan dalam hidup, berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita "bebas" dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang membencikan itu. Selagi belum kita memaafkan seseorang itu, selagi itulah apa yang kita benci itu akan melekat pada diri dan hati kita.

Justeru, memaafkan musuh adalah tradisi orang-orang yang soleh. Kita tentu ingin menteladani mereka, bukan? bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi kalau bukan ahli keluarga kita. Kita dituntut bukan hanya untuk memaafkan musuh kita sahaja, bahkan juga untuk memaafkan ahli keluarga sendiri, darah daging kita, isteri, suami atau anak-anak kita. Ingatlah wwahai sahabat, kita tidak akan bahagia selagi orang disisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi, "berilah kemaafan". Dan hakikatnya ahli keluarga kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain..

Kita sukar memaafkan orang hidup. Anehnya, kita lebih mudah memaafkan orang yang mati. Sedangkan kemaafan itu penting semasa hidup, bukan setelah mati sahaja. Bayangkan ahli keluarga (ibu, isteri, suami, atau anak-anak) kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh mereka buat selama-lamanya? Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah roh kita kembali tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi , maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat. Percayalah..

Jika kita tidak memaakan orang lain ertinya kita tidak maafkan diri sendiri. Sedarkah kita, kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibody ataupun vaksin melainkan dengan sifat memaafkan orang lain. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan. InsyaAllah, penyakit jiwa dan fikiran boleh diubati dengan mudah. 

Siapa pengubatnya? "kita sendiri". Apa penawarnya? "sikap pemaaf kita sendiri."

Kadang-kadang ada orang yang terlalu sukar untuk memaafi, hatta dirinya sendiri. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan, dan kelemahan diri sendiri. Mereka bencikan diri sendiri. Mereka sukar memaafkan diri sendiri. Mereka ini jarang tenang, hidup dalam kebencian, kesepian, murung dan bosan. Mereka yang hidup dalam ketegangan sentiasa terdedah kepada sakit. Apa lagi yang boleh menyumbang pada kemarahan jika tidak marah dan benci?

Kata ahli psikologi, William James; "Tuhan boleh mengampun segala dosa kita , tetapi sistem saraf kita tidak" Maksudnya , sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Benarlah maksud sabda Rasulullah SAW, "matilah kamu dengan marahmu".

"hidup terlalu singkat untuk membenci. Maafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri" 

Akhir kata, untuk rakan-rakan sekelas yang masih lagi bermasam muka antara satu sama lain, cukuplah!!! 3 tahun bersama, dan kita hanya tinggal setahun je lagi untuk habiskan study kita di sini. Sama-sama kita  pergi kelas, naik bus, belajar, buat asgment, jalan-jalan holiday, makan  dan gembira bersama, tidak cukupkah memori-memori itu memadamkan api kemarahan dalam diri kamu? Macam-macam alasan korang bagi bila aku cuba damaikan. Tapi kali ini, lantak korang la, malas dah aku nak masuk campur..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
“Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”
( HR Muslim no 6697).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menyebut balasan perbuatan ini :
“Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”.
( Abu Dawud : no 4914).

Wallahualam...

6 comments:

  1. insyaallah.sy pon cuba belajar utk memaafkan org lain.sy harap sy diterima dcc mereka

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Hadiah yang sangat indah. NAL dah pernah melalui pelbagai situasi dlm konteks ni. Pengalaman semua tu..

    BalasPadam
  4. walaupun sukar nak memaafkan org lain..tp kena usaha jgk utk redha bila memaafkannya..mmg itu la yg terbaik..bkn saja utk dia tp utk jiwa kita jgk :)

    BalasPadam
  5. memaafkan lah yang paling susah nak dibuat..
    but yes, we have to try hard~~

    BalasPadam
  6. assalamualaikum zul...yer mmg betul tu kena belajar memaafkan supaya hati kita tenang...;)

    BalasPadam

Terima Kasih :D