+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Sabtu, 20 April 2013

Bertaubatlah Wahai Sahabat

9:41:00 PG

Share it Please

Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata,

"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"


Rasul menjawab,

"Ya. Akan ditulis"


Dia bertanya lagi,

"Bagaimana jika aku bertaubat?"


Rasul menjawab,

"Akan dihapus."


Dia berkata lagi,

"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"


Rasul menjawab,

"Akan ditulis."


Dia berkata lagi,

"Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?"


Rasul menjawab,

"Akan dihapus."


Lelaki itupun berkata,

"Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan menghapus?"


Rasul menjawab,

"Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."


- Riwayat Thabrani dan Al hakim -

Untuk diri sendiri dan kawan-kawan, yang masih lalai dengan dosa-dosa. Niat hati semalam sekadar hendak ikram kawan-kawan, tapi bila dah sama-sama ketawa bagai nak mati, akan mematikan hati. Austaghfirullah al azim. Sampaikan solat asar berjemaah pun terlepas, lupa yang Allah itu ada. Sibuk dengan mainan yang bagi nikmat sekejap ja. Harap-harap lepas ni, tak akan berulang lagi. Satu kerugian yang amat besar bila terlepas solat berjemaah.

4 comments:

  1. semoga tak diulangi kesilapan yg sme =)

    BalasPadam
  2. Zulfattah poyo..

    BalasPadam
  3. ingat mengingati sesama kita, amalan yang mulia

    BalasPadam
  4. pintu taubat itu sentiasa terbuka buat kita...

    BalasPadam

Terima Kasih :D