+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 24 April 2013

2 Perkara Yang Perlu Kita Ingat

12:56:00 PTG

Share it Please
Alhamdulillah...


Hari ini mungkin ada antara kita masih ada mak, ada ayah dan ada keluarga. Mungkin juga salah seorang daripada mereka telah meninggalkan kita. Perasaan ketika kehilangan orang yang tersayang  tidak dapat kita lupakan. Biarpun apa yang berlaku, masa berubah kita masih tidak boleh lupakan saat-saat itu. Semakin lama semakin kita terasa kesunyiaan. Dimana Ayah? Dimana Emak? dimana ..? dimana..? Pertanyaan demi pertanyaan kita ajukan pada diri kita, kita bermonolog dengan Allah.

Begitulah kehidupan ini, tidak ada yang kekal. Dunia hanyalah sementara dan akhirat yang kekal selama-lamanya. Kita tahu kita akan mati, kita tahu dunia ini hanya sementara dan kita juga tahu yang kehidupan selepas mati itu benar tapi kenapa kita masih lagi boleh bersuka ria, bergelak ketawa sehinggakan di dalam masjid pun kita ketawa dan kita bercakap perkara dunia dalam masjid?

Ingatlah sahabat,

2 perkara yang perlu kita sentiasa ingat di dalam benak kepala kita ialah:
  1. Ingat Allah dan Rasul
Dalam setiap perkara yang kita kerjakan setiap hari, kena ada hubungan dengan Allah. Hati kita sentiasa dengan Allah. Kita bercakap atas urusan kerja tapi hati kita kena dengan Allah. Kita melakukan satu-satu pekerjaan, hati kita juga kena ada Allah.  Sehinggakan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara kita kena ingat Allah. Sebab Allah lah yang telah mengerakkan kita, yang telah mengizinkan kita untuk lakukan satu-satu perkara tersebut.

Dalam setiap urusan @ masalah, kita mengadu pada Allah. Kita cakaplah dalam hati kalau tak berani cakap di mulut. Contoh: " O Allah, aku nak blajar ni. bagilah aku faham" @ "O Allah, aku nak pergi kerja ni, selamatkan aku dan permudahkan urusan aku" @ "O Allah, Engkau suka aku makan apa hari ni?" 


Cakaplah, jangan malu untuk mengadu pada Allah. Allah suka jikalau kita sentiasa sebut namaNya.

   2. Ingat Mati

SESETENGAH orang menyangka ingat mati akan melemahkan semangat. Mereka membayangkan jika seseorang mengingati mati, ia tidak lagi ghairah untuk bekerja, menuntut ilmu dan membangun negeri. Sangkaan anggapan seumpama itu tentu sahaja salah. Mengingat mati adalah satu galakan daripada Rasulullah SAW kepada umat Islam. Matlamatnya bukan untuk melemahkan semangat, malah makin menguatkan keinginan untuk hidup.

Terbukti, generasi umat Islam yang paling aktif bekerja dan menggunakan masa dengan berkesan adalah para sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya menakluk dunia, membangun tamadun dan mengembangkan dakwah Islam dalam masa yang sangat singkat. Semua itu kerana berpegang kepada pesanan Nabi SAW agar selalu mengingat kematian.

Rasulullah SAW bersabda: “"Perbanyakkanlah mengingat penghancur semua kelazatan, iaitu maut." 
(riwayat al-Tirmizi)

Antara kesan bila kita sentiasa ingat mati:
  1. Hidup kita akan lebih dihargai
  2. Mendorong kita merancang kehidupan dengan lebih baik
  3. Menghidupkan hati kita
Rasulullah SAW bersabda: “"Orang yang pandai adalah dia yang selalu mengawal nafsunya dan bekerja untuk kehidupan setelah mati." (al-Tirmizi)

3 comments:

  1. Terima kasih atas ingatan =D

    BalasPadam
  2. terima kasih tolong ingatkan saya. saya ni sentiasa terlupa.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    BalasPadam
  3. Very nice post, impressive. its quite different from other posts. Thanks for sharing.
    askmebazar coupon

    BalasPadam

Terima Kasih :D