Untuk Jiwa-Jiwa Yang Kecewa

Mac 22, 2013

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Kecewa dgan ketentuan Allah terhadap kita. Kecewa dgan keputusan kedua ibubapa kita. Kecewa dgan sikap kawan2 kita. Kecewa  dengan keputusan pelajaran kita dan kita sering kecewa dengan hidup @ diri kita. Kekecewaan ini, kadang2 membuatkan diri kita kosong, sunyi, rasa macam tersisih dan mahu menyendiri. Perasaan ini membuatkan diri kita macam tak dihargai oleh org sekeliling. Jadi secara jelas disini, telah terangkan maksud sebenar di sebalik kata kekecewaan itu, yakni "sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan."

Dalam kekecewaan ini, kebiasaannya diri kita akan berada dlm 2 keadaan. Keadaan yg pertama, kita akan terjebak dlm nafsu. Contoh, satu org anak yg kecewa dengan kputusan ibubapanya, dia akan memberontak dan untuk menghilangkan tekanan yg dia rasai. Si anak itu akan cuba sesuatu yg baru, seperti hisap ganja, pil kuda atau dadah semata2 utk menghilang masalah yg dia rasai. Dalam keadaan ini, amat malanglah utk diri si anak dan ibubapanya.

Yang kedua kita kembali kepada fitrah kejadiaan manusia. Satu orang yg berasa kecewa dengan dirinya akan cuba utk mencari penciptanya. Contoh, satu org yg gagal dalam pelajarannya, dgan iman yg ada dalam dirnya, dia akan cuba utk bermunajat kpd Allah. Mintak pada Allah dan dia redha dengan keputusan yg telah Allah tetapkan untuknya.

Dan sungguh sangat-sangat beruntunglah andainya dalam saat-saat tergoncangnya jiwa dan dalam keaadaan iman di hujung halkum, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada benih iman di dalam hati untuk yakin pada Pencipta. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir, majlis-majlis yg menyebut2 nama Allah, yang akan melahirkan ketenangan dlam jiwa.

Dunia dicipta untuk manusia, manakala manusia dicipta untuk akhirat. Dalam hidup kita di dunia ini, boleh diibaratkan sebagai pentas lakonan. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Kita kejar harta yg bertingkat. Kita kejar pangkat yg berdarjat. Kita kejar cinta dunia yg bernafsu dan kita lena dalam nikmat maksiat di dunia. Ok Fine!! Aku tak nafikan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan mesti terlaksana dan tidak semua yang kita mahu harus tercapai. Cukuplah dengan ketentuan Allah terhadap kita. Sesungguhnya Allah telah aturkan semua perkara dlam kehidupan kita.

Wahai Jiwa2 yang Gundah..

Cuba kita menjengah ke luar jendela. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa kejayaannya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga dengan kegagalan, kita mudah menghukum Pencipta kita. TIDAK ADIL, KEJAM dan macam-macam lagi kata-kata yg mungkin mengugat iman kita. Padahal kecewa kita atas kegagalan dan silap kita sendiri, membawa maksud kepada erti kegagalan iaitu "tidak tercapainya apa yg memang bukan hak kita".

Apa yg memang menjadi hak kita di dunia ini kita akan dapat. Harta, pangkat, jodoh dan rezeki Allah telah tetapkan. Tidak akan mati seseorang itu, jika dia telah ditakdirkan untuk makan 10 guni beras semasa hidupnya. Sebelum dia habiskan sebiji beras yg terakhir selagi itu dia selamat dari ajal. Cuma kita perlu usaha atas satu perkara sahaja, iaitu IMAN. 

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Kekecewaan dalam perhubungan juga boleh mengubah kita secara total 360 degree. Kadang-kadang kita tidak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita. Kita selalu meminta yg terbaik dalam istikharah cinta kita. Kita cuma mahukan dia, hanya dia.. Kita mendesak kepada Allah, yg kita cuma mahukan dia. Kerana kita sangat mencintai si dia. Seakan-akan kita yg menentukannya dan kita memaksa dalam meminta. Kita cuma ikut hati kita, ikut nafsu kita sahaja. tapi kita tak ikut ketentuan Allah terhadap kita. Hasilnya, bila putus hubungan dengan seseorang. Musuh pula yg tercipta, Tuhan pula  yg dihina. 

Wahai jiwa2 yg terguris, dengarkan ini pesan Penciptamu:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah:216).

Sebagai kesimpulannya, janganlah kita kecewa dengan apa yg telah berlaku. BANGUN SAHABAT-SAHABATku, BANGUN !!! Jangan menangis lagi atas kekecewaan mu itu, Jangan bazirkan air mata atas cinta nafsu mu. Jangan biarkan air mata mu mengalir utk sesuatu yg bukan hak mu. Lupakan semua itu, keluarlah dari kepompong gelap itu. Datanglah pada cahaya Ilahi. Sesungguhnya Allah ada bersama mu. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyanyang terhadap hamba-hambanya.

Wahai jiwa-jiwa yg kecewa. Ingatlah yg jiwa ini juga pernah kecewa, jiwa ini juga pernah terlena dlm nikmat nafsu sebelum tersedar disapa oleh cahaya Ilahi. 

7 ulasan:

  1. tq kwn....

    aku mmg dlm situasi ini

    terima ksih kerana menyedar kan aku =(

    BalasPadam
  2. sy pon pernah rasa kecewa dgn diri sndiri.sy rasa diri sy xmampu brjaya mcm org laen..

    BalasPadam
  3. Aku sedang kecewa..nasihati aku wahai sahabat :'( -N.A.S

    BalasPadam
  4. saya pon dikecewakan.. tp lepas baca ni saya rasa kuat sikit.. terima kasih.. :)

    BalasPadam
  5. insyaAllah...kena kuatkan diri....... Minta pertolongan dari Allah....

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.