+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 29 Mac 2013

Jangan Menangis, Cukuplah Dengan Adanya Allah

8:18:00 PG

Share it Please

Lumrah penciptaan manusia dan sudah menjadi fitrah hidup kita, semakin kita membesar semakin banyak ujian dan cabaran yg kita akan alami. Dalam cabaran dan dugaan ini, kita tempuh dengan suka dan duka. Mudah(rasa) bg kita bila kita sudah lalui satu-satu ujian itu, susah untuk kita bila kita masih lagi belum mampu utk melepasi ujian hidup masa kini. Kejayaan kita setelah melepasi satu-satu uijan hidup kita sambut dengan gembira, syukur kpd Allah SWT kerana permudahkan urusan kita. Tapi bagaimana jika kita gagal dalam satu-satu ujian hidup kita? Apa yg kita akan buat? Teruskan atau berundur? Perasaan kita macam mana? 

Jangan bersedih wahai sahabatku, dengarkan sedikit nasihat daripada sahabat mu ini. Aku juga pernah berada di tempat mu sahabat. Susah-susah berusaha, tersungkur juga dlam kegagalan. Kita sudah cuba yg terbaik untuk berjaya dalam ujian tersebut, tapi kita masih belum mampu utk capai tempat yg terbaik. Jangan bersedih sahabat, ingatlah Allah masih bersama kita. 

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." 
(Surah Al-Imran :139 ) 

Tahukah engkau wahai sahabat? Kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, membuatmu malas untuk berjihad, membuatmu putus harapan, mengalakkanmu untuk berburuk sangka, melunturkan semangatmu untuk terus berusaha, menenggelamkanmu dalam emosi yg negative dan melemahkan engkau untuk mengangkat tangan meminta kepada Allah. Gagahkan tanganmu sahabat. Angkatlah tanganmu, mintaklah pada Allah sesungguhnya: 

Allah SWT telah berfirman:
Dan, Rabb-mu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu." 
(Al-mukmin :60)

“Berdoalah kamu kepada Rabb-mu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-A'raf: 55)

Jangan bersedih wahai sahabat, sebab rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit syaraf, penghancur jiwa, penebat suka, punca emosi negatif dan penebar keraguan dan kebingungan.

Jangan bersedih wahai sahabat, kerana Allah telah hadiahkan kita surat cintaNya iaitu al-Qur'an, di dalamnya ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik, ada amalan yang memberikan manfaat. Ada ubat untuk mengubat kesedihan kita. Kerana apa aku berkata begini sahabat? Kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Carilah hatimu di 3 tempat, iaitu dengan membaca al-quran, menunaikan solat berjemaah dan duduk bertafakur mengingati mati.” Jadi, isikan dada-dada engkau sahabat dengan ayat-ayat al-quran, dan hiasilah rumah-rumah kamu dengan bacaan al-quran. 

“Maka, sembahlah Allah dengan mendirikan ibadah kepadaNya.”
(Al-Mu'minun: 14)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 

Jangan bersedih wahai sahabat, dan jangan pernah menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan aktiviti. Solatlah, bertasbihlah, bacalah quran, dan tunaikanlah tanggungjawabmu sebagai hamba Allah dengan keluar di jalan Allah. Untuk mengubat hati yg gundah, perlukan tempat yang sesuai. Tiada tempat yg paling tenang di dunia ini, melainkan hanya di rumah-rumah Allah. Untuk belajar pun, kita perlukan suasana campus @ sekolah, jadi untuk ubat jiwa sahabat pun perlu kepada suasana juga iaitu di Masjid @ di rumah-rumah Allah. 

Semasa keluar di jalan Allah, kita belajar untuk baiki diri kita. Kita belajar untuk membesarkan Allah. Kita belajar untuk kenal siapa Allah. Kita belajar untuk menghambakan diri kepada Allah. Kita belajar untuk sujud hanya pada Allah. Kita belajar untuk membetulkan salah faham kita terhadap agama kita. Kita belajar untuk duduk dalam suasana agama. Kita belajar untuk kenal siapa Rasul kita. Kita belajar untuk jumpa saudara-saudara seagama kita. Kita juga belajar untuk buat kerja Nabi yg telah ditinggalkan pada kita. 

InsyaAllah, semoga Allah memberikan ketenangan jiwa kepada sahabat-sahabat semua. 

“La Tahzan, Hasbiyallah waniqmal waqil”

5 comments:

  1. nice tazkirah for me b4 starting my work...tq
    ~~

    BalasPadam
  2. baca entri ni pun dah rasa sedih..apapun, nice sharing dik :)

    BalasPadam
  3. Entri ni boleh dibuat utk menyedap hati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan? Apapun, tq for the entry.

    BalasPadam
  4. perkongsian yg bagus di pagi jumaat ni..:))
    singgah cni..

    BalasPadam
  5. minta izin copy paste entry ni ke dalam blog saya yer..Thanks.. :)

    BalasPadam

Terima Kasih :D