Rahsia Zuhud

Oktober 19, 2012


Imam Hasan al-Basri Rahimahullah pernah ditanya:
Apakah rahsia sikap kezuhudan kamu terhadap dunia?" 
Beliau menjawab:
"Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku menjadi tenang. Aku tahu bahawa amalanku tidak akan dilakukan oleh orang lain kecuali diriku sendiri, maka aku sibuk melakukan amalan-amalan untukku. Aku tahu bahawa Allah sentiasa melihat aku, maka aku malu menemuiNya dengan dosa-dosa. Aku tahu bahawa kematian sentiasa menantiku, maka aku sediakan bekalan untuk bertemu Allah."

Semua yg kita lakukan didunia ini akan dihisap atas diri kita. Sekalipun tidak akan bersangkut dgan orang lain.. InsyaAllah, kita jaga amal kita dan ajak kawan2 kita untuk buat amal yg sama. Barulah sempurna iman kita, kerana kita ada hubungan dgan Allah dan ada hubungan dengan makhluk.

5 ulasan:

  1. Hablum minallah dan hablum minannas... kalau boleh siapa pun mahu dik tapi ada kala terkucil dek hasutan syaitan. Kembali luruskan jalan sebaik tersedar...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas ingatan ini.. manusia ni mmg seringkali lalai apatah lg bila syaitan berjaya memainkan peranannya.. dan nampak sgt iman kita setebal mana

    BalasPadam
  3. assalamualaikum zul...mekacih atas peringatan ini menarik ...:)

    BalasPadam
  4. Salam,
    Abg eq blogwalking petang jumaat ni...simple blog...nice!

    -eqbalzack-

    BalasPadam
  5. insyaAllah..kena tanamkan sifat Zuhud dalam diri lepas ni

    nice sharing Fattah :)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.