+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 4 Oktober 2012

Hasil Kerja Dakwah

9:47:00 PTG

Share it Please


Hasil yang Sahabat2 dapat apabila buat kerja dakwah ialah:
  1. Allah kuatkan iman mereka. Sehinggakan iman sahabat2 ni, dikatakan sebesar gunung. Iman sahabat2 ni, kalau diletak neraka di sebelah kiri mereka dan syurga disebelah kanan mereka, nescaya iman mereka tidak akan menaik dan tidak akan menurun. Sebab ape? sebab iman yakin sahabat2 ni, cukup tinggi terhadap Allah SWT.
  2. Allah bagi kelazatan dalam beribadat. Seperti yg kita tahu, khusyuk sahabat2 dalam solat tidak mampu dicapai oleh umat Islam skrang ni. Sehinggakan bilamana mereka angkat je takhbir, mereka hanya nampak syurga di dpan mereka. Solat 2 rakaat lepas isyak, dan bagi salam bila dengar azan subuh. Allahuakhbar!! kita nak berdiri 5 minit pun dah mula goyang. Kita angkat takhbir je, semua hal dunia masuk dlm kpala otak ni.
  3. Allah bagi sahabat2 ni, faham akan Al-Quran. Mereka baca al-quran, dan amalkan semua perkara di dlam al-quran. Hukum hakam yg ada dlam al-quran mereka tegakkan. Tapi kita skrang ni, usah kata nak paham maksud al-quran? nak baca pun susah. Boleh bilang dgan jari je orang yg dpat baca al-quran? tak caye, boleh chek dlm keluarga kita sndiri. Berape org ahli kluarga kita dpat baca al-quran.?
  4. Allah bagi sifat kasih sayang kpd sahabat2. Mereka semua begitu kasih kpd saudara seislam, tak kiralah saudara itu seorang hamba, org kaya, pembesar, @ org dari kabilah lain. Semuanya dilayan sama oleh sahabat2 ni, atas nama persaudaraan Islam. Tapi skrang, lihatlah sekeliling kita sendiri. Jiran sebelah rumah pun tak bertegur sapa. Rakan sekelas pun tak bertegur. Allah!!
  5. Allah bagi sahabat2 ni, sifat ikhlas niat. Dalam setiap perkara yg mereka lakukan semuanya kerana Allah. Semuanya untuk mengharap keredhaan Allah.
  6. Allah bagi mereka semua sifat sayang akan agama. Dengan sifat inilah Islam dpat berkembang sekrang ini. Sebab sahabat2 inilah yg mnyebarkan agama Islam ke seluruh pelusok bumi. Nabi Muhammad diutuskan utk seluruh alam, dan bukan diutuskan utk penduduk mekkah je. Tapi Allah nak bagi kerja dakwah ini kpd seluruh umat Nabi Muhammad, sbb itulah Allah angkat roh Nabi ke langit.
Cukuplah kot, sdikit sbanyak kelebihan dan hasil bilamana sahabat2 buat kerja dakwah. Tapi bilamana kita semua tak buat kerja dakwah, apa yg Allah telah jadikan kpd kita? cuba korang jawab..

bersambung...

3 comments:

  1. salam. er speechless.... thanks for the 'peringatan'.

    Papepun, saya ada copy sikit2 isi entri ni dan buat entri baru, harap diberi keizinan & halalkan ea. thanks~

    http://syafiqa-belle.blogspot.com/2012/10/hasil-kerja-dakwah-we-love-rasulullah.html

    BalasPadam
  2. apa yang penting kita usaha...dan sentiasa buat...terima kasih utk pesanan ni...

    baca ni...

    http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/whatchuwant-is-back-with-big-surprises.html

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana berkongsi, sedkit sebanyak penulisan mu membuka mata anak2 muda tentang kepentingan dakwah dna maanfaatnya..

    BalasPadam

Terima Kasih :D