+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 19 September 2012

Tahukah kita, Masjid Juga Menangis?

2:07:00 PTG

Share it Please
Kejayaan Manusia hanya dalam agama Allah, selagimana kita dapat taat kepada perintah Allah dan ikut cara hidup Nabi Muhammad SAW. 



Ulamak pernah menyebut: 

"Orang Islam duduk dalam masjid seperti ikan di dalam air, tapi bg orang Munafik umpama burung dalam sangkar"

Begitulah keadaan masyarakat kita sekarang ini. Masjid ini cuma dijadikan tempat persinggahan utk buang air. Masjid hanya dijadikan sebagai tempat utk adakan kenduri. Masjid hanya dijadikan sebagai perhiasan di tepi2 jalan. Tapi, bila tiba waktu azan berkumandang, untuk dapat satu saff penuh pun susah. 

Allahuakhbar!! tidak adakah sedikit pun rasa malu pada Allah, rasa kasihan pada rumah Allah.? Tahukan kita, Masjid itu akan menangis jika tidak ada orang datang solat fardhu berjemaah di dalamnya? 

Pengalaman aku, dalam 12 masjid yg yg singgah selama aku keluar di daerah Lanchang. Hanya 2 masjid je, yg hidup dengan 5 solat fardhu berjemaah. 10 Masjid lain hanya ada org datang berjemaah pd waktu Magrib, isyak dan subuh sahaja.

Tapi, ada satu masjid yg tidak ada langsung penduduk tempatan @ orang awam datang solat zohor, asar, dan maghrib secara berjemaah. Astaghfirullah alazim.. 

Menangis Tuan, Masjid tu. Semua org Islam tahu tentang kelebihan solat berjemaah di masjid, tapi kenapa masih ramai orang yg tidak datang kpd Masjid? 

Salah satu sebabnya ialah Iman kita yg lemah. Ulamak pernah cakap, Iman umat akhir zaman ini senipis kulit bawang. Pagi beriman, petangnya kufur. Petang beriman, malamnya kufur. Begitulah iman kita hari ini, mudah dikoyak dan dijahit semual. Betullah apa yg ustaz2 cakap selama ni, iman kita ni, berubah2, ada yg menaik dan ada yg menurun.

Macam mana nak tingkatkan iman kita? Seperti yg saya tulis dalam entry sebelum ini, kita kenalah sentiasa cakap tentang kebesaran dan kehebatan Allah SWT. 

Formulanya mudah sahaja. 
Contoh : Kalau hari-hari kita cerita pasal bola, maka bola lah yg akan masuk dalam hati kita. Tapi kalau kita hari2 cerita pasal kehebatan dan kebesaran Allah, maka kebesaran Allah lah yg akan masuk dlm hati kita.

Tapi disini, kalau kita hari2 cerita kelebihan solat berjemaah, hari2 ajak rakan2 kita utk solat fardhu secara berjemaah di surau. Maka keinginan mereka utk datang solat berjemaah akan bertambah. Tapi kita kena yakin, yg kita hanya menyampaikan sahaja, yg bg hidayah dan petunjuk adalah Allah SWT.

p/s: Jangan malu dengan tittle budak surau. Jangan malu, kalau kawan2 kita cop kita sbgai budak surau. Ini adalah agama. Banggalah kita sebagai seorang Muslim. 

11 comments:

  1. rindu ketenagan jiwa semasa solat tarawih ramadhan dulu...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Zul

    teringat semasa berikhtikaf di Masjidil haram

    BalasPadam
  3. tp org skrg lbh malu bila digelar budak surau... erm...

    BalasPadam
  4. tak malulah.
    surau adalah satu ruang yang sangat best. ;)
    hihihi ;)

    BalasPadam
  5. bagusnya entry ni.. saya nak anak2 saya hatinya tertaut pada masjid dan surau.. :) geng surau..huhu

    BalasPadam
  6. budak surau lah yg perempuan selalu cri skg nie

    BalasPadam
  7. salam.. singgah n follow sini.. :)
    come visit my site.. http://www.sayeshukepink.com/

    BalasPadam
  8. betul.tittle budak surau dan tittle anak mak lagi mulia daripada tittle lupa diri.yang lupa diri tu mungkin ic dia hilang kot

    BalasPadam

Terima Kasih :D