Buang Kebesaran Makhluk, Masukkan Kebesaran Allah ke Dalam Hati Kita.

September 17, 2012
Kejayaan Manusia hanya dalam agama selagi mana kita dpat taat pada perintah Allah S.W.T dan ikut cara Nabi Muhammad S.A.W.


Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat saya. Tiada tuhan yg disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. 

Tiada yg bagi sakit, yg bagi sihat melainkan hanya dengan izin Allah,
Tiada yg bagi kaya, yg bg miskin melainkan hanya dengan izin Allah,
Tiada yg bagi manfaat , yg bagi mudarat melainkan hanya dengan izin Allah,

Hari ini kita sakit kita makan ubat, bukan ubat yg sembuhkan penyakit kita. Yg sembuhkan penyakit kita ialah Allah. Duit yg kita ada, bukan duit yg selesaikan masalah kita. Yg selesaikan masalah kita ialah Allah. Kita punya pelajaran, bukan pelajaran yg menjamin masa depan kita. Yg menjamin masa depan kita ialah Allah SWT.

Hari ini, kita cakap kehebatan dan kebesaran Allah, bukan bermaksud kita tolak keperluan dunia. Bukan bermaksud kita tolak duit. Bukan bermaksud kita tolak kerja kita. Bukan bermaksud kita tolak makan dan minum kita. Bukan bermaksud kita tolak hal dunia dan semua yg berkaitan dengannya. Tetapi, kita cakap kehebatan dan kebesaran Allah ini supaya dalam hati kita hanya ada Allah SWT.

Kita ambik perkara tersebut, dunia tersebut, tapi dalam hati kita. YAKIN!! hanya kpd Allah SWT. Allah SWT yg buat semua perkara, yg mentadbir semua benda di dunia ini. Bila kita cakap kehebatan dan kebesaran Allah, maka Allah akan kuatkan iman kita. Allah akan tingkatkan iman kita. Keyakinan kita kepada Allah akan bertambah dan cinta kita kepada Allah akan bertambah. Jadi, bila iman kita kuat, mudah utk kita taat kepada perintah Allah.

Mudah untuk kita solat, baca quran, zikir dan sebagainya. Jadi atas maksud yg sangat besar ni. Saya harap kita semua akan dapat cakap tentang kehebatan Allah dalam setiap perbualan harian kita, dengan menyelitkan perkataan ALLAH dalam setiap ucapan kita.

Contoh: "Sedapnya lauk ikan bakar ni".

Apa salahnya kalau kita tambah beberapa perkataan sahaja,  untuk menyedapkan lagi ayat di atas

Contoh: "Allah, Sedapnya lauk ikan bakar ni. Yg bagi sedap ni, Allah"

Benda nampak simple je, tapi besar nilainya. Jom kita amalkan sama2..

9 ulasan:

  1. kadang2 terlepas pndang kn?? tak terhitungnya nikmat yg Allah berikan pada hambanya..

    BalasPadam
  2. manusia....kadangkala kita terlepas pandang untuk mengucapkan syukur diatas segala nikmat kurnianya keatas kita...

    malah adakalanya kita seakan sayangkan dan agungkan dunia berbanding Allah yang memberikan segala zat ini kepada kita..

    penulisan yg bermanfaat zul fattah..terima kasih kerana mengingatkan diriku..=)

    BalasPadam
  3. thanks for the share...kdg kdg kite tlepas pndang semua tu....

    BalasPadam
  4. baiklah akan dipraktikkan selalu amin...

    BalasPadam
  5. setuju dgn Nur Zulaikha...benda2 mcm ni kdg2 kita t'lepas pandang...manusia..apapun,pengisian yg sgt bagus dik...nice :)

    BalasPadam
  6. like this entri... dlm apa jua ingatlah ALLAH.. itu yg terbaik krn sgl2nya adalah milikNya..

    BalasPadam
  7. InsyaAllah azam! Allah kuasa makhluk sedikit pun tiada kuasa.. Suka artikel nie..

    http://aniqbukhary.blogspot.com/2012/09/senarai-100-blog-paling-berjaya-sejak.html

    Chek list.. Blog anda tersenarai..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.