+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 10 Jun 2012

Panduan Supaya Doa Diterima Oleh Allah

12:06:00 PTG

Share it Please
" Aku dah banyak kali berdoa, tpi Engkau masih tak tunaikan doa aku, Apa la salah aku ya Allah ? "  
"Apalah dosa aku ya Allah..? kenape aku diseksa sebegini rupa..? "

Mungkin ada antara kita yg seringkali mengucap ayat di atas ketika kita ditimpa musibah. Aku mengaku, kata2 itu pernah kluar dari mulut aku, ketika aku ditimpa sakit ini.. Tapi yg sebenarnya.. Tidak.. Kita tak perlu  katakan sebegitu.  Kita Try dengan ayat ini :

" Cukuplah bagi kami ya Allah, Dialah sebaik2 tempat diserahkan segala urusan "

Pengalaman yang mematangkan kita.. Kita blajar melalui kesilapan, dan siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. 

Bukan semua doa kita akan dimakbulkan..  Mungkin belum sampai masanya dan mungkin masalah itu datang dari diri kita sendiri.. Cuba kita tilik balik diri kita.. Ada masalah kat mane? Aku nak selitkan sedikit panduan supaya doa diterima oleh Allah.. Sama2lah kita amalkan..

1. Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus dari Allah SWT Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.
2. Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.
3. Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
4. Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.
5. Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.
6. Berdoa, bertakwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.
7. Tidak pernah berputus asa di dalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqamah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.

Subhanallah, begitu terbukanya Allah SWT untuk doa kita semua.... 

p/s: Terkejut beruk aku.. bila bukak blog tadi. Ada orang misteri yg follow blog ni. Erghh!! Apa2pun, kita pikir yg baik2 jela.. !! Sape tahu, Mcam mane nak unfollowed org yg follow blog kita? 

12 comments:

  1. salam;
    Berdoalah tanpa rasa jemu dan putus asa...

    BalasPadam
  2. InsyaALLAH kalau kita sentiasa berdoa + berusaha + bertawakal kepadaNYA, doa kita akn dimakbulkan..cuma cepat atau lambat je..Kalau Allah tak makbulkan pun, maybe tu yg terbaik utk kita..DIA MAHA MENGETAHUI.. :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum zul...hanya Allah saja yang a oleh mengetahui buruk dan baiknya dan segala doa2 yg kita pohon mungkin satu hari akan dipenuhi juga oleh Allah...

    BalasPadam
  4. akan ku trus berdoa :'(

    BalasPadam
  5. sentiasa berharap yang doa kita dimakbulkan..hoho

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Zul

    doa senjata buat umat Islam

    BalasPadam
  7. erk.. follower tu agak mngerikan.. huhuhu... Dalam berdoa ni kena ikhlas ni.. bkn berharap sahaja doa dimakbulkan tp tiada usaha yg menyusul

    BalasPadam
  8. DOA adalah sebaik2 penawar kan.. yg penting iklas, buat pe yg Allah suruh, jauhi yg dia larang.. insyaAllah Dia akan sentiasa dengar doa kita.. ;) btw, siapakah yg misteri itu??

    BalasPadam
  9. saya dah nampak follower misteri tu... hahahah.. may be ada entri2 awak yang membuatkan dia tertarik.. hahahah... kalau betul la apa yg saya tengok tu...

    betul Allah itu maha pengasih dan penyayang... berdoa la dengan ikhlas insyaAllah Dia akan membantu... Allah sayang saya.. tapi saya masih belum sayangkan diri saya.. Astagfirullahalazim...

    BalasPadam
  10. jangan mudah putus asa bila kita meminta sesuatu dariNYA tetapi kita tak dapat apa yang kita nak.. pasti ada hikmah disebaliknya.. Kalau dia dah janjikan sesuatu tu untuk kita, takde sape boleh menghalang.. ;)

    BalasPadam
  11. Sentiasalah berdoa.. Insya-Allah satu hari nanti, Allah akan makbulkannya.. Bersangka baik dengan Allah..

    BalasPadam

Terima Kasih :D