+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru!!

1:09:00 PTG

Share it Please

Hari ni, 16 Mei 2012!! semua orang tahu yang hari ini adalah hari guru. Mesti ramai dah wish @ ucap selamat kepada guru masing2. Termasuklah aku, walaupun cikgu2 sekolah lama dah tak berapa ingat lagi dengan aku.   Tak pe, asalkan aku masing ingat jasa cikgu2 aku. (Ermm.. mungkin dia tak kenal no. phone aku kot!!! ) Apa-apapun, aku ingin mengambil kesempatan waktu di hari ni, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada Semua Cikgu-Cikgu yang telah mendidik aku sehingga aku dapat masuk U, dan kepada semua guru-guru di dunia amnya, dengan harapan, semoga panjang umur dan sihat2 selalu. 

Dalam banyak-banyak sajak Tema Hari Guru, aku suka baca sajak nukilan Ismail Haji Adnan. Korang semua pernah baca tak? 
Dia Seorang Guru Tua 
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

Sajak yang simple tapi membawa erti yang mendalam. Memang kena dengan hidup aku, dan cikgu aku. Sekolah di kampung cukup mengajar erti hidup dan erti pelajaran!! hayati melalui hati baru timbul di mata minda!!

11 comments:

  1. tersentuh hati baca sajak ni..apapun, selamat hari guru!!

    BalasPadam
  2. guru yg m'ajar kt kg kena kuat. susah nak ubah pikiran org kampung nie...

    tp,sekarang semua dh sedar yg ilmu itu penting..^^

    BalasPadam
  3. Tanpa guru.. siapalah anak murid yang berjaya sekarang ni..

    hargai pendidik kita selagi hayat kita ada.. =)

    BalasPadam
  4. Tanpa guru, siapalah kita.. ^_^

    BalasPadam
  5. nice.. selamat hari Guru yaa..

    BalasPadam
  6. salam;
    Banyak jasa guru2 ni..tak semestinya guru sekolah,guru2 lainpun patut kenang.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum zul...selamat hari guru buat semua guru2..:)

    BalasPadam
  8. ain penah deklamasikan sajak tu masa sekolah dulu2..

    aitu ain gigih tolong adik balut adiah ari guru..tetiba rasa sebak..rindunya nak nyanyi lagu hari guru sma2 dgn cekgu :'(

    "Ooo.macam ni rupanya lelaki...gurlish sekalian sila berhati hati!".

    BalasPadam

Terima Kasih :D