Khamis, 10 Mei 2012

Pesanan Untuk Para Pendakwah


Para pendakwah adalah manusia biasa. Pendakwah bukan manusia yang diturunkan khas oleh Allah ke dunia ini. Tetapi, pendakwah itu adalah manusia yang mengucapkan dia beriman kepada Allah dan Rasulnya. Syeikh Abdullah bin Bazz berpesan kepada pendakwah dengan tiga perkara.

1). Jadi Teladan

Pendakwah perlu menjadi teladan kepada orang sekeliling. Manusia sekeliling sentiasa memandang tinggi dan mengharapkan yang terbaik dari seorang pendakwah. Sekiranya harapan ini tidak dibalas dengan sepatutnya, ia kan mendatangkan persepsi yang tidak baik bukan sahaja kepada diri pendakwah tetapi juga kepada agama Islam.

2). Segala yang diucapkan perlu seiring dengan perbuatan
Manusia pada dasarnya suka berkata-kata. Ini adalah didorong oleh perasaan suka berkongsi. Peter Senge mengatakan :

"Perkongsian ilmu bukan hanya untuk memberikan sesuatu kepada orang lain, tetapi ia juga adalah untuk mendapatkan sesuatu daripada mereka"

Oleh itu, apabila berkata-kata, perkataannya itu perlu juga menjadi peringatan buat diri sendiri.

3). Jangan lupa, pendakwah juga manusia
Ramai yang semakin lupa pendakwah juga manusia. Mereka bukan golongan malaikat ataupun makhluk ciptaan khas oleh Allah yang diberi nama pendakwah. Pendakwah juga dianugerahkan dengan sifat pelupa dan nafsu. jadi, mereka juga perlu berusaha dengan sebaik mungkin bagi melorongkan diri ke arah kebaikan.

5 ulasan:

  1. setuju sangat dgn point2 tu

    BalasPadam
  2. Berdakwah dengan tingkah-laku yang baik pun terbaik juga.

    BalasPadam
  3. bukan mudah utk menjadi seorang pendakwah itu. ilmu perlu banyak di dada. anyway, its a good point to all the pendakwah...

    BalasPadam
  4. bkn mudah utk m'ajak pd kbaikan..tp,kuat la..

    Allah akan tolong..^^

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Another Source

JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku..kerana itu BUKAN PENGUKUR IMAN seseorang, JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku.. kerna aku hanyalah seorang MANUSIA BIASA yang masih lagi dalam proses MENCARI kemilau CAHAYA ISLAM. BERUSAHA menjadi UMAT yang SOLEH dan bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna..tapi melalui tulisan-tulisanku ini, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan MEMPERBAIKI DIRI untuk menjadi yang TERBAIK, InsyaAllah..!!

TIDAK AKAN BAIK suatu PERKATAAN melainkan dengan perbuatan, dan tidak akan baik suatu perkataan dan PERBUATAN melainkan dengan niat, dan tidak akan baik suatu perkataan, perbuatan dan NIAT melainkan dengan SUNNAH..