+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 27 Mei 2012

Kisah Semangat Sang Kijang

12:56:00 PG

Share it Please

Ini dia kisah Sang Kijang..
Tak pernah mengalah pada lawan..
Walau pada mula selalu dihumban…

Tapi..
Sang Kijang bersemangat juang..
Berani menghadap setiap lawan..
Kerana Sang Kijang keturunan pahlawan..
Cerdik mencari jalan dan peluang..
Kerana Sang Kijang berakal panjang..
Tari diatur, langkah dipadu..

Gerak disusun, rahsia yang keliru..
Lawan digempur satu persatu..
Asak bersantun, lawan dipalu…
Sang Kijang diasak, bagai peluru..
Mentera dipasak, pesanan Sang Guru..
Sentiasa bergerak, sentiasa menyerbu..
Lawan terdesak, menjadi haru..

Semangat Sang Kijang tidak pernah luntur..
Berani digelanggang bertarung bertempur…
Tidak takut walau digempur..
Sang Kijang bangkit, lawan tersungkur…

Inilah dia kisah Sang Kijang..
Lembut diluar, hebat digelanggang..
Jangan sesekali Sang Kijang ditentang..
Padah menanti, setiap yang datang..
Ini dia kisah Sang Kijang…
Anak keturunan CIK SITI WAN KEMBANG

Kalau betol semangat kijang ada dlam diri aku..? HAHAHA..  kan best!! menunggu minggu2 exam yg akan datang ni, banyak assignment, mini project dan presentation nak kena siapkan.. Be Prepare Bro!!!
Kena start study blik ni, Seminggu bercuti ni, tak buka buku pun.. Start hari ni.. JOM STUDY .. Fight 4 the Final Exam!!

9 comments:

  1. study rerajin, semoga berjaya! seru lah semangat kijang tu :)

    BalasPadam
  2. jdlah cm kijang tu ye...bangkit, jgn gentar :)

    BalasPadam
  3. rasa semangat kijang tu ada dalam diri kamu cuma kamu kena cari...hehe.good luck bro!!.

    BalasPadam
  4. gomo kije gomo..gomo exam tu..gomo baco book :)

    BalasPadam
  5. wahhhhhhhhhhhh

    suka kak alunkan puisi diatas

    chaiyokkkkkkkkk
    kamu boleh buat adikku zul fattah..

    yang pasti, rajin ulangkaji ya

    BalasPadam

Terima Kasih :D