+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 15 Mei 2012

‎4 Tanda Hidup Tak Berkat

1:22:00 PTG

Share it Please

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

19 comments:

  1. minta dijauhkan. wallahu'alam..

    BalasPadam
  2. minta dijauhkan. wallahu'alam..

    BalasPadam
  3. mcm penah bace statement di atas.tp dkt blog org laen.btw tq for share..=)

    BalasPadam
  4. smoga kita semua dijauhkan dari perkara camtu..

    BalasPadam
  5. bagus ni.

    aku rasa aku ada masalah dengan number 4.

    BalasPadam
  6. takutnya akak.. :(

    ada macam unsur unsur hidup tak berapa nak berkat..

    BalasPadam
  7. Bila baca ni kakak terasa ada juga yg kakak terkait dgn kakak macam berblog nie... lupa masa berlalu...

    BalasPadam
  8. mintak dijauhkan dr hidup saya...hidup tanpa keberkatan mmg susah..

    BalasPadam
  9. hmm...moga2 tak tergolong dalam golongan ni..kena perbaiki diri supaya jd lebih baik la lepas ni

    nice entri dik :)

    BalasPadam
  10. peringatan khusus buat saya, terima kasih atas entri yg berguna ini...

    BalasPadam
  11. beul..sy setuju!

    tp nauzubillah

    BalasPadam
  12. no 4 tu , dah lama tak buat. dah lama tak baca AlQuran. huhu :\ . betul la tu , bile on9 , 24 hours pun boleh . cube baca Quran , baru baca 2 ayat dah surrender . harap kita tidak tergolong kumpulan tu.

    BalasPadam
  13. assalamualaikumsantri....satu peringatan buat kita semua supaya kita tidak melakukan perkara2 yg tersebut minta2 dijauhkn hendaknya...:)

    BalasPadam
  14. pernah rasa no1 tu..duit asyik cpt habis, mungkin terlalu boros..

    BalasPadam
  15. alamak! kenapa 2,3,4 tu macam kena pada btg idung sendiri je... tapi kerja penulisan je yg tertangguh, keje2 lain siap sempurna! maksudnya ada something wrong somewherelah ni....*fikir* hurm,.. ;(

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Zul

    Allahuakbar...
    macam2 ada yg kena ajer....

    BalasPadam
  17. yee. buat kerja, xsiap. adedehh.

    BalasPadam
  18. alahai. dapat lagi ilmu malam ni. terima kasih. alhamdulillah.. :')

    BalasPadam

Terima Kasih :D