+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Sabtu, 28 April 2012

Dihujani Rahmat Allah

2:27:00 PTG

Share it Please

Rahmat menurut bahasa ialah belas kasihan dan kasih sayang. Manakala dari segi istilah kasih sayang yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-NYA sama ada berbentuk fizikal atau rohani, duniawi atau ukhrawi. Contoh rahmat Allah SWT: 
  1. makanan dan minuman yang halal 
  2. kesihatan tubuh badan 
  3. keluarga yang berkasih sayang 
  4. minda yang cerdas dan inovatif 
  5. jiwa yang suci 
  6. ilmu dan kebijaksanaan 
Hanya orang yang mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah SWT yang akan bahagiadi dunia dan sejahtera di akhirat. -Rujuk buku teks PAI tingkatan 2-

Dalam kisah yang diceritakan oleh al-Hakim, Rasulullah mendapati satu kelompok orang yang sedang berzikir kepada Allah, maka ujar beliau, " Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah yang sedang menghujani kamu, dan aku mahu menyertai kamu sekalian ".

Orang yang berzikir dan membaca Quran itu akan dihujani oleh rahmat Allah. Rahmat Allah hanya datang kepada mereka yang menyebut-nyebut nama Allah dan mengingatinya. Sebagai manusia, kita juga pasti berasa gembira sekiranya orang lain sentiasa mengingati dan menyebut-nyebut nama kita.  Begitu juga, Allah pasti gembira sekiranya namanya sentiasa meniti di bibir kita selaku hambanya.

Rujukan : 
  1. Buku teks Pendidikan Agama Islam (PAI) tingkatan 2          
  2. Resipi Rahsia   
  3. Buku Give and Take antara Hamba dan Pencipta penulisan Nurulain Ahmad ( muka surat 50-51)
  4. MuslimDoctor

7 comments:

  1. antara nak rebut peluang itu ataupun tidak.. haishh >,<

    BalasPadam
  2. yang penting hati kena ikhlas...tapi kalau kita paksa diri kita hari2 baca al-quran x mustahil lame2 kite akan menjadi ikhlas kan...paksa diri utk kebaikan rasanya x pa kot..

    BalasPadam
  3. insyaAllah sama-sama mengejar rahmat Allah dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  4. Salam Zul,
    Entry yg memperkukuhkan iltizam utk menjadi insan yg lebih baik, tima kasih!

    BalasPadam
  5. insyaallah rezeki allah akan ada dimana-mana selagi ianya masih halal dan diberkati

    BalasPadam
  6. perlu sentiasa berzikir untuk bersihkan hati dan ingat Allah selalu..

    perlu bersyukur dgn setiap nikmat yg telah kita miliki..

    BalasPadam

Terima Kasih :D