+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 15 April 2012

Dari Mulut ke Mulut

10:35:00 PG

Share it Please

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama : "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro : "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
... ...
Utusan Malaysia : "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah : "Kami tiada beca."

Malaysiakini : "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Twitter @NajibRazak : "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1 Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid : "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Pancaindera : "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Maskulin : "Lelaki bawa beca selamatkan ubi adalah ciri lelaki sejati"

Sinar Harian : "Nenek dilanggar Beca Rempit!"

Nona : "Nenek awet muda kini tiada lagi."

Remaja : "Remaja gagal selamatkan ubi... nenek meninggal..."

Hot.fm : "Ceritakan kisah menyedihkn anda bersama nenek dan ubi..."

Sinar.fm : "Keluhan seorang penarik beca apabila nenek maut dihempap ubi."

999 : "Dimanakah peranan pemandu beca, sehingga tergamak melanggar nenek dan ubi..."

Bersamamu : "Liku2 terakhir nenek tua bersama ubi dan beca usang..."

Aduan Rakyat : "Disebabkan sambil lewa pembeca, nenek terbunuh disamping ubinya..."

Edisi Khas : "Seorang nenek tua pon adohai, telah di langgar lari kannye pon...telah mati dtempat kejadiannye adoiiinyeee!!!!"

BANG BANG BOOM!! : "Akibat diacah2 untuk dilanggar dengan beca, nenek tua mati mengejut bersama ubi di tangan...."

Upin dan Ipin : "BETUL, BETUL, BETUL.........."

Motif = jangan terus percaya dengan apa yang Media Massa @ Media Cetak terbitkan . Siasat dulu..
ni tak.. kita rujuk satu sumber je.. kalau sumber tu salah, salah r kita.. tapi kalau kita rujuk banyak sumber.. kta akan tahu yg mana salah dan yg mana betul.. 

18 comments:

  1. betul sngt dh tue. . . hahaha

    BalasPadam
  2. Adeh. Betullah tu. Media massa suka putar belitkan cerita untuk menarik perhatian pembaca.

    BalasPadam
  3. heh. aku dah jarang tgk tibi

    BalasPadam
  4. mueheheheh ~ tersedak sambil makan baca entri ni. ye lawak lah ^^

    BalasPadam
  5. hahaha...mereka snggup menabur fitnah dan mereka-reka cerita demi kepetingan sendiri..tak ingat Allah.

    BalasPadam
  6. kretif cara penyampaian...suka2...isi penting pun sampai...terbaik la..suka...

    jadi silent reader je kalau isu-isu ni.. sebab tak tahu citer sebenar kan..kita dh besar,boleh nilai sndr..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum zul...mmg terbaik kan..:)

    BalasPadam
  8. mcm versi cerita akan kita dengar...realiti...

    BalasPadam
  9. adehh T.T kesian nenek tu~ innalillah~

    :) yepp, jgn percaya bulatbulat~

    BalasPadam
  10. hehehehe
    mule2 aku bace blurrr
    dn skrg aku paham
    yeahhhh :)
    sokong2
    dats y we need u our brain to stimulate all the things in this world :)

    BalasPadam
  11. hahaha..tergelak2 aku baca...dalam giler makna..
    apa2 pun..betul lah tu.sblom dgar tntg ssuatu berita..kena pastikan ia dari sumber yg sahih..

    BalasPadam
  12. cerita simple ditokok dan ditambah perisa jadi penyedap cerita...

    sangat setuju dgn entry nie...=)

    BalasPadam
  13. erm..memang kalau dah word of mouth mmg...tapi sama kes ngan blog arhh....awal2 jak sahih,..last2 tu..ntah lah....

    BalasPadam
  14. betol! kadang2 kite nih..main terima je ape yg org cakap...sometimes macam lalang pun ade..kejap ke sini..kejap ke sana..aduhai..manusia..manusia :)

    BalasPadam
  15. betul tu.. kena banyak rujukan dulu sebelum kita buat kesimpulan

    BalasPadam
  16. hahahahah...lawak btul ayat tu


    tp mmg betul...media2 skrg suke mengempakkan tjuk...hohoho

    mintk nk share ok

    BalasPadam

Terima Kasih :D