Biarlah saya menunggu awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana!

April 19, 2012
"Biarlah saya menunggu awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana."
Haha... Siapa entah ajar bercinta macam ini. Persoalannya, siapa yang tahu dia atau dia atau dia yang tertulis di lauh mahfuz sana? Korang tahu? 

Ada orang, kahwin, bercerai. Ada orang, kahwin, kemalangan, salah seorang mati. Yang tak mati tu pula, cari lain untuk teruskan hidup.

Lihat...!! Hatta perkahwinan pun bukan bukti itu adalah jodoh kita.
Sebab itu amat kelakar apabila ada orang melafazkan kata-kata 'sesempurna' demikian.

Cinta ini usaha.
Kita usaha.
Jodoh itu di tangan Allah.
Kita usaha pergi ambil dari tangan Allah.
Siapa pun takkan mampu kata "dia itulah jodoh yang sebenarnya" hatta kepada isterinya sendiri. Kerana jodoh itu di tangan Allah. Kita usaha sahaja. Sebab itu sebelum kahwin, selepas kahwin, kita terus berusaha dan berusaha.

Kalau benar kita sekadar menunggu sahaja dalam urusan cinta ini, sekadar pendam sahaja, 'menanti awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana', maka saya percaya tidak akan ada sabda Rasulullah SAW berkenaan "carilah perempuan itu berdasarkan agamanya", dan firman Allah SWT yang menyatakan "hamba perempuan mu'minah itu lebih baik dari perempuan musyrik walau perempuan musyrik itu menakjubkan". Jelas Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan wujudnya 'pencarian', 'usaha'.

Cukuplah dengan istilah-istilah ke'malaikat'an yang merosakkan ini.
Kita sangka kita sedang menjaga.
Sebenarnya kita sedang merosakkan manusia.
--------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang saya tengok orang yang post fasal cinta sejati, fasal 'memendam perasaan', fasal 'jaga dari zina hati', ini semua, mereka post pakai gambar perempuan-perempuan cantik yang menggugah jiwa juga.
Ironik... 

Saya akan kekal dengan jalan ini.
Selagi mana belum ada yang mampu menumbangkan prinsip saya.

credit utk : putera pahang!! 

13 ulasan:

  1. itulah hakikatnya.. cinta itu adalah proses dan usaha.. mcm cinta kepada Allah, kena cari bukan hanya tunggu cinta tu dtg2.. sama mcm cinta manusia.. kena cari dan usaha dpt cinta yg baik.. :) nice entry ni

    BalasPadam
  2. cinta itu terlalu sukar untuk ditafsirkan, cinta yang agung adalah cinta kepada Allah s.w.t

    BalasPadam
  3. so true...tp skrg tgh lekluuuu huhu

    BalasPadam
  4. itulah kuasa Allah swt.... kuasa kita pada usaha kita... :)

    BalasPadam
  5. kita boleh mencari cinta,usaha it perlu jg...
    bila dah jumpa mana yg terbaik, insyaAllah itu lah pilihan kita walaupun kita tak tahu sama ada dia adalah jodoh kita yg sebenarnya ataupun tak...

    BalasPadam
  6. lelaki xpe la.. kalau perempuan, segan lorh..^^

    BalasPadam
  7. betul tu..kena usaha jugak..mencari dan berdoa :)

    BalasPadam
  8. setuju...kalau sah jadi laki bini sekalipon tapi jika telah ditetapkan oleh-nya yang kita tak kekal bersama itu dah dinamakan jodoh pertemuan di tangan tuhan.

    apa pon kita mesti berusaha untuk menyelamatkan sesebuah hubungan itu sedaya mungkin..

    BalasPadam
  9. HAHAHA..ada jugak yang kata macam tu yerrr..adoiii~
    nak tunggu sampai bila ek tu orang yang cakap macam tu..? huhuhu..
    yang penting usaha dan usaha...tak dapat..usaha lagi sampai dapat..jodoh kan..kita pun tak tahu sape..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.