Subscribe:

Ads 468x60px

-

Khamis, 19 April 2012

Biarlah saya menunggu awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana!

"Biarlah saya menunggu awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana."
Haha... Siapa entah ajar bercinta macam ini. Persoalannya, siapa yang tahu dia atau dia atau dia yang tertulis di lauh mahfuz sana? Korang tahu? 

Ada orang, kahwin, bercerai. Ada orang, kahwin, kemalangan, salah seorang mati. Yang tak mati tu pula, cari lain untuk teruskan hidup.

Lihat...!! Hatta perkahwinan pun bukan bukti itu adalah jodoh kita.
Sebab itu amat kelakar apabila ada orang melafazkan kata-kata 'sesempurna' demikian.

Cinta ini usaha.
Kita usaha.
Jodoh itu di tangan Allah.
Kita usaha pergi ambil dari tangan Allah.
Siapa pun takkan mampu kata "dia itulah jodoh yang sebenarnya" hatta kepada isterinya sendiri. Kerana jodoh itu di tangan Allah. Kita usaha sahaja. Sebab itu sebelum kahwin, selepas kahwin, kita terus berusaha dan berusaha.

Kalau benar kita sekadar menunggu sahaja dalam urusan cinta ini, sekadar pendam sahaja, 'menanti awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana', maka saya percaya tidak akan ada sabda Rasulullah SAW berkenaan "carilah perempuan itu berdasarkan agamanya", dan firman Allah SWT yang menyatakan "hamba perempuan mu'minah itu lebih baik dari perempuan musyrik walau perempuan musyrik itu menakjubkan". Jelas Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan wujudnya 'pencarian', 'usaha'.

Cukuplah dengan istilah-istilah ke'malaikat'an yang merosakkan ini.
Kita sangka kita sedang menjaga.
Sebenarnya kita sedang merosakkan manusia.
--------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang saya tengok orang yang post fasal cinta sejati, fasal 'memendam perasaan', fasal 'jaga dari zina hati', ini semua, mereka post pakai gambar perempuan-perempuan cantik yang menggugah jiwa juga.
Ironik... 

Saya akan kekal dengan jalan ini.
Selagi mana belum ada yang mampu menumbangkan prinsip saya.

credit utk : putera pahang!! 

13 comments:

azwa amani berkata...

itulah hakikatnya.. cinta itu adalah proses dan usaha.. mcm cinta kepada Allah, kena cari bukan hanya tunggu cinta tu dtg2.. sama mcm cinta manusia.. kena cari dan usaha dpt cinta yg baik.. :) nice entry ni

QasehSuci berkata...

cinta itu terlalu sukar untuk ditafsirkan, cinta yang agung adalah cinta kepada Allah s.w.t

xila riston berkata...

so true...tp skrg tgh lekluuuu huhu

onie berkata...

itulah kuasa Allah swt.... kuasa kita pada usaha kita... :)

Wadi AR berkata...

janji kau jemput

miss inna berkata...

kita boleh mencari cinta,usaha it perlu jg...
bila dah jumpa mana yg terbaik, insyaAllah itu lah pilihan kita walaupun kita tak tahu sama ada dia adalah jodoh kita yg sebenarnya ataupun tak...

AmirFX berkata...

Cinta berada d mana2..

sYiRa LoKMaN berkata...

nice entry ^_^

happy eim berkata...

lelaki xpe la.. kalau perempuan, segan lorh..^^

Eera Shera berkata...

betul tu..kena usaha jugak..mencari dan berdoa :)

Adylia Qarissa berkata...

setuju...kalau sah jadi laki bini sekalipon tapi jika telah ditetapkan oleh-nya yang kita tak kekal bersama itu dah dinamakan jodoh pertemuan di tangan tuhan.

apa pon kita mesti berusaha untuk menyelamatkan sesebuah hubungan itu sedaya mungkin..

PeRmAtA bIrU berkata...

hurm...:)

biela bell berkata...

HAHAHA..ada jugak yang kata macam tu yerrr..adoiii~
nak tunggu sampai bila ek tu orang yang cakap macam tu..? huhuhu..
yang penting usaha dan usaha...tak dapat..usaha lagi sampai dapat..jodoh kan..kita pun tak tahu sape..

Advertlets

Another Source

JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku..kerana itu BUKAN PENGUKUR IMAN seseorang, JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku.. kerna aku hanyalah seorang MANUSIA BIASA yang masih lagi dalam proses MENCARI kemilau CAHAYA ISLAM. BERUSAHA menjadi UMAT yang SOLEH dan bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna..tapi melalui tulisan-tulisanku ini, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan MEMPERBAIKI DIRI untuk menjadi yang TERBAIK, InsyaAllah..!!

TIDAK AKAN BAIK suatu PERKATAAN melainkan dengan perbuatan, dan tidak akan baik suatu perkataan dan PERBUATAN melainkan dengan niat, dan tidak akan baik suatu perkataan, perbuatan dan NIAT melainkan dengan SUNNAH..