Rabu, 14 Mac 2012

Pesanan Buat Diriku dan Sahabat-Sahabat Semua..




Dalam dunia ni, ada 2 golongan, iaitu golongan yg BAIK dan JAHAT. Semua bergantung pada diri kita, utk berada di dalam golongan yg mana? Tapi aku lebih syorkan kpd korang semua supaya berada di dalam golongan yg baik. Nekadlah dari skrang utk menjadi orang-orang yang baik. Yang baik kepada sesiapa saja.. baik kpd alam, binatang, tumbuh-tumbuhan dan baik kpd diri kita sendiri. Kerana orang yang baik & beriman yang akan selamat di akhirat nanti. Kalau kita merasa pernah menjadi orang yang tidak baik, maka berusaha, berhentilah & bertaubat... InsyaAllah, pintu taubat masih terbuka.. 

 "if u got the problem.. solve it n be strong."

Setiap dari kita(hambaNYA) mesti pernah melalui zaman "JAHIL" masing2.. apatah lagi kita diakhir zaman ini yg menjanjikan seribu satu kelalaian dlm hidup. Apakah adil untuk kita menilai seseorang itu hanya kerana kejahilan zaman lampaunya.??? Sungguh tidak adil kan? Titik turning point, tidak ada sape pun yg tahu.. itu kita panggil hidayah dari Allah.. bila pintu hati dah terbuka, semuanya boleh berubah.. Ramai yg dari jahil berubah mnjadi org yg beriman...


Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan, dahulu, kini,  mahupun akan datang samada kecil atau besar. Kita tak boleh menilai sesiapapun melainkan hanya mendoakan perubahan ke arah kebaikan baginya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya supaya lebih bersemangat untuk melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah S.W.T. 


Kita jugak tak boleh menilai org melalui pemakaiannya.. ataupun melalui luaran sahaja.. tetapi yg sebaiknya, kenal  isi hati dan budi terlebih dahulu.. 

Aku tinggalkan korang semua dgan satu soalan.." Macam mana korang tahu diri korang Baik, sedangkan lidah, mata, tangan, kaki dan telinga korang masih buat benda jahat ?"

##########################################################################
Skrang ini, di dalam blog ini, aku lebih kpd entry nasihat dan sindiran utk diri aku sendiri, supaya tidak lalai dalam kehidupan aku.. dan ini last entry dlm minggu ni.. sebab aku terpaksa balik kg. Mek aku sakit, dah 2 minggu terlantar kat rumah. Semalam masuk wad, tapi hari ni dah keluar. So, pagi esok aku akan bertolak balik.. Aku akan ambil cuti slama seminggu kot.. hopefully aku sempat jumpa Mek aku.. 

20 ulasan:

  1. bagus jugak kau buat entry nasihat ni. at least aku pun boleh muhasabah diri jugak.

    jaga diri. nnt dah sampai kpg kirim salam ye kat mek kau. aku doakan dia cpt sembuh :)

    BalasPadam
  2. ya, sy jga pnh brada dlm kjahilan,..huuhu

    smpi skg pon msh jahil..

    BalasPadam
  3. harap2 sy xkembali menjadi jahil..tp org je yg dok buat jahil dgn sy skrang.ehehehe sabar sabar :p

    BalasPadam
  4. Pertama moga selamat balik jumpa Mek. Kakak doakan Mek segera sembuh.

    Sungguh peluang utk bertaubat sentiasa terbuka betapa maha pengasihnya Allah terhadap hambanya...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...terima kasih buat entri nasihat macam ni...sekurang2 nya bagi peringatan pada diri aku neh =)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum zul...semoga mek sihat yer n berhati2 di dlm perjalanan...:)

    BalasPadam
  7. moga Mek Fattah sihat walafiat....pilihan di tangan kita untuk menjadi terbaek =)

    BalasPadam
  8. baguslah nasihat untuk bersama.
    semua terima dgn hati terbuka ^^

    BalasPadam
  9. muhasabah diri balik....inshaAllah..

    BalasPadam
  10. salam;
    memang bagus buat entri saling beringat ni..dan moga ibu awak sihat.

    BalasPadam
  11. entry yg berbentuk nasihat bagus untuk dikongsi bersama...

    semoga mek cepat sembuh!!..

    BalasPadam
  12. get well soon mek...

    take care buat kamu jugak :)

    BalasPadam
  13. Nice info.. Biasanya budak jahat nie perempuan suka.. :D

    BalasPadam
  14. http://darahmalaya.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html

    BalasPadam
  15. hmmm.. saya baik ke jahat??

    BalasPadam
  16. aku lagi prefer baca blog kau yang berbaur nasihat dari baca entry blog orang lain yang entah apa2 !

    BalasPadam
  17. lagi baik entri nasihat bro :) dpt pahala hehe..
    btw semoga mak kau cpt sihat k ^^

    BalasPadam
  18. Buat baik berpada2, buat jahat jgn skali kaaaannn

    BalasPadam
  19. kita tak boleh menghukum sesuatu perkara jika kt tak tahu duduk perkara yg sebnarnya dan jgnlah nilai org dari luarannya saja nilai juga hatinya..

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Another Source

JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku..kerana itu BUKAN PENGUKUR IMAN seseorang, JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku.. kerna aku hanyalah seorang MANUSIA BIASA yang masih lagi dalam proses MENCARI kemilau CAHAYA ISLAM. BERUSAHA menjadi UMAT yang SOLEH dan bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna..tapi melalui tulisan-tulisanku ini, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan MEMPERBAIKI DIRI untuk menjadi yang TERBAIK, InsyaAllah..!!

TIDAK AKAN BAIK suatu PERKATAAN melainkan dengan perbuatan, dan tidak akan baik suatu perkataan dan PERBUATAN melainkan dengan niat, dan tidak akan baik suatu perkataan, perbuatan dan NIAT melainkan dengan SUNNAH..